Akhirnya Bertemu Juga Dengan Blogger Tengkubutang. Siapa sangka hasil menang Hadiah Telefon ZTE Blade V7 Lite Dari InvolveAsia x Lazada tempohari..rupanya ada hikmah yang Allah SWT berikan.. habis je dari mengambil hadiah yang disampaikan oleh Encik Ashok, Acc manager Involveasia.. zaza ke beberapa tempat lain dan salah satunya adalah melawat rakan blogger zaza yang dah lama kenal dalam dunia Maya tapi tak pernah bertemu. Kalau tak silap dah 3 tahun persahabatan kami. orang yang zaza maksudkan adalah blogger Tengkubutang. Mesti korang kenalkan :D
Tapi ada yang tertanya-tanya kenapa nama Tengkubutang?? Tengkubutang tu sempena nama kucingnya si Butang.Comel dan bulat sungguh di meow tu..sayangnya tak sempat berjumpa dengan si meow Butang..
Apa pun tak susah pun nak cari tempat Tengkubutang ni.. zaza hepy dan bersyukur kerana impian zaza yang dah lama sangat nak berjumpa Tengkubutang termakbul. Terima kasih Allah kerana dengan IzinNYA lah kami berjumpa.
Sorang Misha Omar...sorang Neelopa... :p eiii perasannn nyeeee...
Sebaik berjumpa dan bersembang-sembang..kami apa lagi.. selfie la bersama-sama. Kami ni rupanya kategori pendek-pendek jugak..hahaha... tapi Tengkubutang tinggi sikit. Ramai kata gambar kami berdua macam kembar..
Tengkubutang, rakan yang teman zaza ke KL, Miera dan sapa lagi kalau bukan zaza laaaa
Pertemuan kami tak lama mana. Dalam satu jam macam tu. Walaupun sekejap ia menjadi kenangan manis bagi zaza.
Lepas ni entah bila nak berjumpa lagi..apa pun zaza tetap berdoa semoga kami akan bertemu lagi nanti.
Sebelum berpisah.. tak sangka pula si Tengkubutang ni beri duit raya. Comel sampul siap ada gambar kucing lagi tu...Oh ya..kami berdua adalah pencinta kucing. Pantang nampak kucing..memang kena cium laa... mehmeh.
Duit raya yang diterima.. terima kasih Tengkubutang
Tak sempat keluar dari KL..so kami berbuka puasa di Pizza Hut berdekatan je..
Ok itu saja cerita kisah zaza bertemu blogger Tengkubutang. Doakan persahabatan kami tetap utuh walau apapun terjadi. Salam sayang untuk semua.. bye bye