Teddy Bear Farm Korea. Korea antara negara yang nak sangat zaza kunjungi. Memandangkan kakak zaza yang terlebih kuah dari sudu sebab dia yang dah pergi dulu..so zaza nak share la salah satu tempat yang dia kunjungi semasa di Korea.. iaitu Teddy Bear Farm.
Rasanya mereka yang mengunjungi Korea pasti akan datang ke Teddy Bear Farm ni. Ia terletak di MT Seorak.
Teddy Bear Farm adalah satu tempat dimana terdapat koleksi patung-patung besar beruang. Dengan pelbagai saiz dari kecil hingga ke saiz besar,kostum yang pelbagai dengan tema dan aksi. Kanak-kanak dan perempuan dewasa yang datang pasti teruja melihat kawasan dan patung-patung bear ini.
Yang menariknya hasil-hasil patung beruang ini dihasilkan dari pemilik Teddy Bear Farm sendiri. Wow..cukup unik dan cantik. Ada juga tempat menjual ole-ole. Pun begitu harganya agak mahal memandangkan ia merupakan hasil kerja tangan yang cukup berseni dan kreatif.
Kawasan Teddy Bear Farm ni ada dua bahagian.Iaitu bahagian indoor dan outdoor. Dan masa yang diambil untuk melawat kawasan ni dalam sejam je.
Beberapa koleksi gambar yang sempat dirakam semasa mengunjungi Teddy Bear Farm
Selamat datang ke Teddy Bear Farm
Salah satu pemandangan yang cantik di Teddy Bear Farm
Bersama beruang kuning yang comel
Melayan bear membaca...
Bahagian indoor Teddy Bear Farm
Sejarah penubuhan Teddy Bear
Ok nantikan pula gambar menarik di tempat lain di Korea...