Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

$
0
0


Selain dari sebuah platform membeli belah yang terkemuka, Lazada Malaysia kini telah melancarkan sebuah rancangan TV iaitu LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show pertama mereka yang disiarkan menerusi saluran TV3.

Rancangan yang menampilkan pereka fesyen dan juga selebriti tempatan seperti  Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan beberapa lagi.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show

LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show ini bersiaran pada setiap hari Ahad, Jam 3 petang.
Rancangan ini disiarkan khas sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Melalui kerjasama diantara Rangkaian Televisyen Media Prima, rancangan LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show ini  diacarakan oleh pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan.

Rancangan yang menarik ini disiarkan bertujuan untuk memperkenalkan lagi Lazada sebagai destinasi membeli belah rakyat Malaysia bagi produk kecantikan dan juga fesyen.

Menurut Christophe Lejeune yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia,” Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalam rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. Acara TV realiyi LazAdaStyle adalah cara kami untuk melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana ia merupakan elemen penting untuk keluarga Melayu semasa perayaan ini.”

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Rancangan LazAdastyle ini mempunyai empat episod dimana ia menggabungkan lapan pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka. Mereka akan diberikan masa, bahan dan tema pada setiap minggu.

Hasil reka bentuk mereka akan dinilai oleh personality terkenal dalam industri fesyen seperti Rizman Rozaini dan Wirda Adnan.  Para peserta juga turut diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan ini berlangsung.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Selain itu, para penonton juga dapat melihat selebriti undangan seperti Elfira Loy,Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha’rin Razali. Para peserta juga akan melalui proses penyingkiran sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan ini nanti.

Pemenang LazAdaSyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang cukup lumayan bernilai sehingga RM100,000.00.

Jadi kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti setiap episode LazAdaStyle pada setiap hari Ahad, jam 3 petang  bermula dari 6 sehingga 27 Mei di TV3.

Melalui rancangan ini juga, Lazada turut menawarkan tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Lapan peserta yang telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram telah menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara.

Selain itu, anda juga boleh membeli barangan kegemaran anda dari rancangan TV di aplikasi Lazada di( klik disini )

Anda juga boleh muat turun LazadaApp bagi memudahkan anda membuat pembelian.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show

Shake Shake Contest

Berita baik untuk anda, semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show sedang berlangsung, jangan lupa untuk  sertai“Shake Shake Contest” dan anda berpeluang untuk memenangi voucher dari Lazada Malaysia.Pastikan anda memuat turun LazadaApp tau untuk menyertainya.

Bagi anda yang merupakan seller dan berminat untuk dipaparkan dalam LazadaStyle, boleh terus daftar sebagai seller di lazada.com.my.

Untuk pelanggan Lazada pula, anda juga berpeluang untuk kongsikan gambar OOTD anda dengan menggunakan #mylazadastyle dan anda berpeluang untuk muncul di dalam LazadaStyle.

Episod LazAdaStyle Fashion Reality Tv Show

Setiap minggu terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh mereka.

Episode 1 : Hijabista Collection - Full Episode


Episode 2 : Mother & Me Collection - Full Episode


Episode 3 : Bold & Curvy Collection ( Plus Size )


Episode 4 : Raya Couple Collection - Teaser


Jangan lupa saksikan okay..siapakah yang akan memenanginya..saksikan episod 4 Final ahad ini..
Jumlah Peserta : 8 Orang

Episode 1 : 2 teams, 2 eliminated from losing team
Episode 2 : 2 eliminated, 2 eliminated from losing team
Episode 3 : 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode!
Episode 4 : 3 Finalists

Anda juga boleh melayari Instagram Lazada https://www.instagram.com/lazadafashion_my



Viewing all articles
Browse latest Browse all 663