Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

$
0
0

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan. Alhamdulillah, buat kali ke 2, zaza berpeluang sekali lagi menikmati hidangan istimewa di Ancasa Royale Pekan sempena Ramadan ini.

Majlis Berbuka Puasa ni diadakan pada sabtu baru-baru ini..dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Anak Yatim dan Asnaf dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana. Majlis ini juga turut menyampaikan sumbangan kepada 50 tetamu istimewa tersebut.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis yang cukup meriah ini diadakan di  Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan, Pahang..kira macam dewan makan la tempatnya..

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan sedia ada di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan dengan penduduk di sekitarnya..malah ia juga merupakan salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan.

Pihak Ancasa Royale Pekan juga turut memasak Bubur Lambuk dan mengagihkannya kepada 500 orang penduduk Pekan dan pelanggan mereka yang sentiasa menyokong sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini..

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Sumbangan yang berupa duit dan baju raya ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan dan Pengurus Kanan Ancasa Royale Hotel. Selain duit dan baju raya, sumbangan barang keperluan juga turut diberi hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim di bulan ramadan.

Encik Shah Azam juga ada menyatakan "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja di bulan ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni di samping mengeratkan kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira darjat.

Sebaik sahaja azan magrib, para tetamu berbuka puasa dengan pelbagai sajian yang cukup enak berkonsepkan "Kampung Boy". Antara menu yang disediakan adalah pelbagai jenis Masakan Kampung, Daging Opor, Ikan Patin Masak Tempoyak, Hidangan Sate dan Nasi Impit, Daging Kambing, Dessert, Buah-buahan, Aneka minuman dan lain-lain.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian sedap di Ancasa Royale Pekan ini boleh mendapatkan baucer Ramadan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Asnaf Di Ancasa Royale Pekan

Sebarang maklumat dan tempahan boleh terus menghubungi :

Telefon :  09 424 6600
Website : www.ancasahotels.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663