Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

$
0
0
Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria. Universal Humanitarian Aid - Turkey ( Sebelum ini menggunakan nama Aegean Refugee Aid - ARA )  telah ditubuhkan oleh seorang penuntut Malaysia di Universiti Yasar, Izmir, Turki iaitu Muhammad Nur Thaqib Shaker, 25. Penubuhan ini bertujuan untuk misi bantuan kemanusiaan bagi pelarian Syria.

Usaha Thaqib juga mendapat kerjasama rakan-rakannya dan mendapat sokongan dari rakyat Turki. Bukan itu sahaja, kisah UNIAID juga mendapat perhatian media di sana.

Kagum dengan apa yang dilakukannya, Thaqib menceritakan pengalamannya sepanjang dalam misi bantuan seperti kisah pelarian yang kehilangan keluarga,  pelarian yang menghidap pelbagai penyakit dan kisah kanak-kanak yang dieksploitasikan sindiket peminta sedekah.

Menurut Thaqib, mulanya dia memikirkan akan berdepan dengan pelbagai halangan ketika menjalankan misi tesebut namun sangkaannya nyata meleset kerana misi yang diusahakannya bersama rakan-rakan berjaya dijalankan dengan lancar. Bermula dari November sehingga saat ini, UNIAID telah merekodkan 20 program bantuan kemanusiaan di Syria.


Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Lebih membanggakan juga apabila masyarakat Turki juga menyambut baik usaha mereka malah turut memberikan sumbangan.

Terdapat seramai 15 rakyat Turki yang terdiri dari pelajar telah menyertai program misi bantuan ini. Menurut Thaqib lagi, mereka mempunyai beberapa rakyat Syria yang berperanan sebagai penterjemah.

Apabila tiba musim sejuk, ia menjadi sukar buat pelarian terutama kanak-kanak kerana kekurangan pakaian seperti sarung tangan, jaket, penutup kepala dan stoking. Bagaimanapun atas usaha sumbangan yang diberikan orang ramai, UNIAID berjaya menyumbang kasut dan stoking buat mereka.




Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Ada satu kisah yang berlaku dimana akibat cuaca sejuk yang melanda, ramai pelarian Syria terkena penyakit Psoriasis di Izmir tahun lalu. Amat menyentuh hati apabila terdapat seorang wanita Iraq yang mengalami penyakit ini selalu menjauhkan diri dari disentuh kanak-kanak kerana risau akan berjangkit.

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Kisah ARA ( kini UNIAID ) mendapat liputan Media Harian Metro

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Senyuman manis kanak-kanak Syria

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Sukarelawan

Terdapat juga sindiket yang menggunakan kanak-kanak Syria untuk dijadikan sebagai peminta sedekah. Di kala petang sindekit terbabit akan mengambil kanak-kanak dan sedikit wang akan diberikan kepada mereka. Kesedihan sering muncul dalam diri sukarelawan kerana kebanyakan pelarian Syria tinggal di kawasan rumah lama dan usang malah terpaksa membayar sewa yang tinggi.


****

Buat anda juga yang ingin memberikan sumbangan boleh la terus membuat pertanyaan di



Untuk Thaqib dan rakan-rakan, sebagai rakan zaza support dari jauh.. semoga terus suksess dan dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan misi ini..

Amin...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663