Simple Makeup Dari Shizens Visage Collection. Hi all my friend yang tersayang..baru-baru ni zaza berpeluang untuk mencuba set makeup dari Shizens Visage Collection. Agak teruja juga dan sebenarnya inilah pertama kali zaza dengar jenama ni..mehmeh
Tapi rata-rata rakan memberitahu Shizens adalah brand yang dikenali juga.
Antara barangan yang zaza peluang memakaianya adalah Natural Pore Nutrient Foundation Pro, Hue-Duo Eyeshadow, Aqua Eyeliner dan Smack Lips.
Natural Pore Nutrient Foundation PRO
Zaza suka foundation ni.. lembut apabila di apply pada muka. Nampak smooth je. Bestnya juga sebab ia ringan.
Foundation ni bebas dari talkum malah amat mebantu mengurangkan garis halus jika kerap memakainya. Ada kandungan Vitamin E yang boleh melembabkan kulit..
Keseluruhannya zaza amat menyukai foundation ini
Mempunyai dua warna iaitu brown dan hitam.. So yang zaza pakai ni warna brown..Bentuk jenis Cushion Sponge.Tahan sehingga 12 jam. Senang dicuci
Pada zaza..mungkin tak biasa pakai jenis ni..so agak kekok dan comot pertama kali nak cuba. Apa pun senang nak cuci.
Hue Duo Eyeshadow
Bab bahagian mata zaza masih fail..but its ok untuk zaza mencuba. Eyeshadow ini didatangkan dengan Mocha Glow. Warna yang natural mampu memberikan kemasan semulajadi pada kelopak mata
Smack Lips
Smack Lips yang zaza pakai adalah warna merah.Cantik sktrukturnya apabila kering di bibir. Bagaimanapun warna merah mungkin agak kurang sesuai dengan zaza sebab kelihatan nampak terlalu garang.
Smack Lips adalah jenis " matte ". Smack Lips ini diperbuat dengan campuran Minyak Kelapa dan Mentega Bunga Matahari di mana ia dapat membentuk melembabkan bibir dan menghalang bibir dari mengelupas.
So.. itulah antara 4 barangan makeup dari Shizens Visage Collection yang zaza sempat kenakan di muka.. inilah hasil makeup..sorry sebab zaza bukanlah mahir bersolek..masih belajar lagi
Apa pandangan rakan-rakan pasal makeup zaza ni?
Info penuh mengenai produk Shizens Visage Collection dan cara pembelian boleh terus klik :