Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all 663 articles
Browse latest View live

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

$
0
0
Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara. Assalamualaikum.. apa khabar rakan zaza...syukur masih bertemu lagi kita..Oklah kali ini zaza nak bercerita tentang spek mata. Zaza antara yang wajib pakai spek mata kerana mata yang kabur akibat rabun dan power yang tinggi.. jadi tanpa spek mata memang tak lengkap lah aktiviti seharian zaza..

Bulan lalu sempena dengan harijadi zaza yang ke.... semakin tua dah zaza sekarang.. ;p...sempena dengan harijadi zaza tersebut..seseorang telah menghadiahkan spek mata baru..seseorang tu Insyaallah bakal sehidup semati..

Kebetulan pula spek mata zaza pakai sekarang tu tercalar sikit di bahagian cermin..so agak terganggu juga nak melihat memandangkan calar tu dah tak boleh nak hilang..

Yessssss.. dapat juga spek mata baru yang zaza idam-idamkan..spek mata lama digunakan di rumah.. yang terbaru ni khas untuk pergi kerja dan jalan-jalan..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek mata zaza yang baru ni di tempah di sebuah kedai spek mata yang baru dibuka iaitu PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA.  Berkonsepkan rekaan menggunakan pallate-pallate kayu yang cantik dan tema warna oren yang menarik. PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA telah dibuka untuk orang ramai bermula Disember tahun lalu..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Bahagian hadapan kedai Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Antara sevis-servis yang diberikan adalah seperti Pemeriksaan kesihatan Mata pecuma, Konsultasi, Spek Mata dan juga kanta lekap yang ada dijual.

Layanan mereka juga amat baik. Harga spek mata pun murah mengikut harga di pasaran. 

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Meninjau-ninjau spek mata yang menjadi idaman...

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sempena pembukaan tempohari..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sesi-sesi berbincang mengenai spek yang dipilih

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Dua orang pemilik kedai..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Terima ksih En M hadiahkan spek mata baru ni.. ;)

Ini dia spek mata baru zaza..dibayar oleh En M dengan harga RM400++. Memandangkan spek mata zaza ni perlu ditempah..dan zaza pula tak dapat nak ambil..so spek mata ni dihantar secara pos saja..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Buat rakan-rakan zaza yang tinggal berdekatan Bandar Kinrara dan nak cari spek boleh la datang ke

OPTOMAN OPTOMETRY BANDAR KINRARA
NO 47-G JALAN BK 5A/2, BANDAR KINRARA
( Berhadapan tapak Pasar Tani Masjid Al Ehsan, SMK Sek. 4 Bandar Kinrara )



Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

$
0
0
Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur. Pada 16 Januari 2017 baru-baru ini, satu Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di  Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan terkenal dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagau satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.


Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.

Pelancaran GT Dollar Malaysia

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Kerjasama diantara Malaysia dan GT Dollar ini dikatakan dapat memberikan kemudahan gaya hidup kepada masyarakat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.

Aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk penggunaan dan perniagaan dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.

Kerajaan Malaysia juga sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan - Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot yang bernilai RM300 juta.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Wonder Boy 

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) dan mampu mewujudkan lebih 10,000 pelaung pekerjaan kepada penduduk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Oleh yang demikian, Kilang GT Robot tersebut akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam ditambah lagi menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas China.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin melancarkan secara rasmi Majlis Perlancaran GT Dollar Malaysia 
Berbelanja Dengan Bijak Bersama GT Dollar

GT Dollar juga turut menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Ia juga menawarkan kepada pengguna tawaran istimewa, diskaun dan promosi di peringkat global.Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya ( GTD )

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data,pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini, boleh muat turun di aplikasi ' GT Dollar " di play store. Apabila anda memuat turun dan mendaftar, anda akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar anda.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Mobile

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Watch

Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.

Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget  ini boleh layari www.gtdollar.com

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis

$
0
0
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis. Walaupun jarang minum kopi tapi sekali sekala dalam sebulan zaza ambil juga. Salah satu minuman kopi yang zaza cuba minum sekarang ni adalah MILAGRO COFFEE. Satu lagi jenama minuman kopi yang mula mendapat perhatian ramai untuk memilikinya. Apa istimewanya kopi ni?

Buat semua dan juga pengemar kopi, MILAGRO COFFEE cukup istimewa kerana ia dapat membantu merawat pelbagai penyakit.

MILAGRO COFFEE dihasilkan dengan bahan yang bermutu tinggi iaitu dari kopi Arabica dan diadun istimewa bersama dengan kopi Robusta yang mempunyai sedikit rasa pahit tetapi sedap.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Zaza sendiri pun dah cuba minum MILAGRO COFFEE ni..minuman kopi ini juga dicampur dengan herba Patawali,halia, lada hitam, dan garam gunung yang mampu meningkatkan lagi keenakan dan keinginan untuk menikmatinya.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

Mengamalkan secara berterusan kopi ini mampu mencegah dan mengawal masalah-masalah seperti

Penyakit kencing manis
Darah tinggi
Sakit sendi,
Kanser
Menjadikan badan lebih cergas dan bertenaga
Mengilangkan penyakit gatal-gatal
Membantu masalah keradangan, alahan dan batuk
Dapat membantu merawat demam malaria
Menguatkan tenaga batin
Awet muda

MILAGRO COFFEE juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu memguatkan saraf serta sistem pertahanan tubuh badan. Ia juga mengembalikan tenaga dengan segera.

Selain itu, kopi ini juga dapat mebantu menyelesaikan masalah rabun yang disebabkan oleh kencing manis, menguatkan saraf mata yang lemah disebabkan oleh pembedahan dan laser. Ia juga dapat mencairkan selaput lendir ( katarak ) pada mata dan merawat masalah eyebag serta silau mata.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

ANTARA BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM MILAGRO COFFEE

1. BATANG PATAWALI

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.


Patawali juga disebut sebagai akar seruntun dan batang wali. Ia sejenis pokok menjalar dengan batang berkerutu. Mempunyai rasa yang pahit. Walaupun pahit, batangnya mengandungi air yang tinggi dan sering dicampur dalam minyak urut. Bunganya berwarna hijau muda dan apabila matang ia berubah menjadi warna merah dan putih.

2. Halia

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Halia mengandungi air, karbohidrat,serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Halia banyak digunakan dalam perubatan kerana kandungannya yang dapat membuang angin dalam badan, merawat sakit kepala, muntah,cirit birit, asma, sakit perut, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan makanan, membantu melancarkan sistem pencernaan,, mabuk kenderaan dan banyak lagi.

3. ROBUSTA

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Robusta adalah kopi yang dapat membekalkan tenaga. Ia amat baik untuk melindungi jantung, mencegah diabetes, Menjaga kesihatan hati, meningkatkan kekuatan otak dan juga membantu menghilangkan sakit kepala

4. KOPI ARABICA

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Kopi ini mempunyai khasiatnya tersendiri pada kesihatan manusia. Kajian yang telah dijalankan oleh University of Scranton, kopi ini merupakan sumber antioksidan yang baik dan jika mengambilnya dalam sejumlah yang kecil mampu mengurangkan risiko terkena diabetes tahap 2, alzheimer dan juga kanser prostat.

5. GARAM GUNUNG

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Garam Gunung merupakan garam organik yang amat berkhasiat dan paling bersih. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat di dalam badan manusia.

6. LADA HITAM

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Lada hitam merupakan rempah yang sering digunakan sejak zaman dahulu lagi. Lada hitam mengandungi minyak esensial. Lada hitam juga dapat membantu menguatkan pencernaan. Mengandungi sumber mineral seperti kalsium, kalium, zat besi dan magnesium.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Banyak lagi kelebihan yang ada pada MILAGRO COFFEE ni.. zaza suggest untuk korang sendiri mencubanya. Berikut adalah beberapa respon dari pemgguna yang telah mengambi lMILAGRO COFFEE secara konsisten.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MILAGRO COFFEE ni boleh hubungi :

Instagram : milagro_coffee
Telefon : 012 370 2676
Email : milagrocoffeemalaysia@gmail.com


HARGA SEKOTAK RM55.00SAHAJA ( 20 sachet )

TEMPAH SEKARANG>>> KLIK  MILAGROMALAYSIA

Peluang menjana pendapatan  dengan menjadi stokis bersama MILAGRO COFFEE. Berminat menjadi stokis hubungi nombor yang tertera seperti di atas..

Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

$
0
0
Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik. Zaman sekarang ni kamera memang menjadi keperluan. Dengan dunia kini yang semakin maju pelbagai jenis kamera telah dikeluarkan dengan hasil gambar yang cantik dan berkualiti Antara salah satu kamera terbaik masa kini adalah CASIO EXILIM EX TR50 .. Kamera ini direka khas untuk mereka yang kaki selfie.

Kamera Casio Exilim EX TR50 ni mudah di bawa. Kameranya boleh dipusing depan belakang. mempunyai 5 pilihan warna iaitu Gold, Red, Violet, White dan Pink.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik


Kamera ini mempunyai 11.1 Megapixel 1/1.7" BSI ( back-illuminated ) CMOS sensor. Kalau tengok dalam kamera ni dia tunjuk 12MP.. 21mm F/2.8 Super Wide-Angle Lens, Exilim Engine HS Ver. 3, 3.0" Tilting 921k-dot Super Clear LCD Touch Screen, Mempunyai Wi-Fi, Self-Portrait dan Mation Shutter, 1080p/30fps Full HD Video dan ada Makeup Mode & Makeup Bracketing..

Rekaan design nya pun memang nampak mewah dan eksklusif. Dah setahun zaza gunakan kamera ni. Kamera ni lah zaza usung ke sana sini untuk mengambil gambar.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Yang menariknya kamera ini adalah badannya yang boleh dibuka seperti diluruskan memanjang, dibengkokkan, ditegakkan dan didirikan. Lihat contoh gambar dibawah. So kalau kita berada sendirian dan nak ambil gambar sendiri, hanya buka je badannya dan bengkokkan sedikit..dan dirikan dengan meletakkannya di tempat yang bersesuaian..

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Casio Exilim EX TR50 juga didatangkan dengan 6 Mode pilihan antaranya Mode Auto, Premium Auto, Posing Shoot, Best Shoot, Art Shoot dan Makeup BKT.

Mode Auto dan Premium Auto adalah mode biasa yang memang selalu digunakan. 

Apabila memilih Posing Shoot, anda hanya akan menekan sekali je button shoot dan secara automatik gambar anda akan diambil sebanyak 5 kali..jadi dalam  masa tersebut sempatlah anda posing pelbagai gaya.

Bagi Best Shoot, apabila anda memilih mode tersebut, anda akan diberi pilihan untuk memilih mode seperti Triple Shoot, Motion Shutter, HDR, HS Night Scene, HS Night Scene Potrait, Food dan Nails.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Untuk Art Shoot pula terdapat HDR Art, Crystal Ball. Sparkling Shoot,Toy Kamera, Soft Fokus, Light Tone, Pop, Sepia, Monochrome, Miniature dan Fisheye. Fungsi Art Shoot ni zaza memang tak berapa guna.

Fungsi Mode Makeup BKT membuatkan gambar kelihatan gebu dan cantik. Ini pun zaza jarang guna. Dalam Mode Makeup BKT..anda juga boleh setting untuk Skin Tone dan Smooth Skin.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Di bahagian Button Menu terdapat setting untuk Touch Shutter, Self-Timer,LED, Image Size, Movie Quality, Brightness, Review dan Setup.

Turut mempunyai button cermin ( Gambar cermin ) yang berfungsi sebagai cermin untuk menilik muka. Zaza pun jarang guna fungsi Button cermin ni sebab dalam beg dah memang sediakan cermin khas untuk tilik muka.

Ada juga button Key ( Button gambar kunci ) yang berfungsi untuk mengunci gambar. Contohnya anda nak buang gambar yang terlalu banyak sekaligus tetapi ada beberapa gambar lain yang anda mahu kan kekal di dalamnya. Jadi dengan memilih button kunci tersebut, anda perlu tandakan saja gambar yang anda mahu kekalkan. Setelah itu barulah anda boleh membuang semua gambar sekaligus.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Yang terakhir adalah fungsi Wifi yang tersedia didalam kamera ini. Fungsi Wifi ini memudahkan anda memindahkan gambar ke telefon tanpa perlu nak pindah menggunakan wajar dan menyambungnya ke PC.

Memang bestkan. Lagi-lagi bila berada diluar..dan tak sabar nak upload gambar di media sosial..Senang, cepat dan mudah.

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

Ini hasil gambar menggunakan Casio Exilim EX TR50. Sangat cantik dan jelas sekali gambarnya. 

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik
Kamera Belakang. Gambar Waktu Malam. Menggunakan Fungsi Auto

 Casio Exilim EX TR50 Kamera Selfie Terbaik
Hasil Gambar Casio EX TR50 dari Web Casio


Zaza dah tengok di banyak web, harganya ada yang mencecah RM3999. Dekat Lazada Malaysia pun zaza tengok antara RM2999 sehingga RM3999 dijual.

Keseluruhannya zaza amat berpuas hati dengan kamera Casio Exilim EX TR50 ni..melengkapkan lagi hari-hari zaza yang amat suka bergambar.

Kini Casio juga turut mengeluarkan Casio Exilim EX TR60 dan Casio Exilim EX TR70 dengan fungsi pelbagai yang lebih menarik.


GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

$
0
0
GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017. Assalamualaikum..Pada 16 Januari lalu satu majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut telah dilancarkan aplikasi GT Dollar sekaligus memperkenalkan gadget baru iaitu jam tangan GT Dollar, Sebuah Robot dan juga telefon GT Mobile 888 yang telah dikeluarkan oleh GT Mobile Pte Ltd.

GT Mobile merupakan syarikat berteknologi tinggi yang terlibat dalam pembuatan, penjualan dan perkhidmatan telefon bimbit yang terletak di Singapore.

Kali ini zaza nak bercerita lebih lanjut mengenai GT Mobile 888.

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888

GT Mobile 888 telah direka dengan berat hanya 160 gram. Terasa ringan apabila dipegang. Design badannya kelihatan cantik dan moden.

Gadget baru dari GT Mobile ini menggunakan operasi sistem Android Lollipop 5.1. Mempunyai dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.

Cukup puas menggunakan GT Mobile 888 ini kerana saiz skrinnya 5.5 Inci. Mempunyai 2 GB ROM dan internal 16 GB RAM.

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 turut didatangkan dengan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP. Baterinya 2550mAh. Pengalaman zaza apabila menggunakan GT Mobile 888 ni..baterinya tahan lama apabila digunakan seharian. Malah apabila zaza cas pun, baterinya cepat full. Amat berpuas hati menggunakannya kerana kabel yang tersedia boleh mencapai 35% dalam masa 15 minit

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

ANTARA SPESIFIKASI GT MOBILE 888

Model : GT 888
Color : Metal Grey / Silk White
Dimensions : 158.9 x 77 x 8.6mm
Weight : 160g
Operating System : Pre-install Android 5.1 Lollipop
CPU : 64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0Hz CPU
GPU : Mali T720-Mp1 600Mhz
RAM : 2GB / 1 GB
ROM : 16GB
Display : 5.5 " 720 x 1280 Pixels
Battery : 2550mAh
Charger : Quick Charging
Camera : Rear - 8.0 MP & Front - 5.0 MP
SIM Card : Dual SIM ( SIM + MicroSIM )
Video :  1080P, 2K, 4K
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Wi-Fi: Wifi 802.11 a/b/g/n Support Dual-band Wifi ( 2.4GHz/5Ghz )
Positioning : GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass Hall Effect Sensor, Gravity Sensor,
                   Ambient Light Sensor
Material : Corning Gorilla Glass 3


GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran 2017

GT MOBILE 888 ini juga dilengkapi dengan Digital Compass, GPS dan Gravity Sensor. Pada kamernaya pula, anda boleh merakamkan gambar menarik dengan mode HDR, Fish Eye, Panorama, Night Mode dan juga mode arahan suara.

Bagi anda yang ingin membuat tempahan dan mengetahui lebih lanjut lagi tentang GT MOBILE 888 ini boleh terus websiteGT MOBILE 


TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

$
0
0
TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela. Assalamualaikum. Apa khabar rakan zaza semua. Beberapa minggu lalu zaza ada ambil kelas makeup. Zaza belajar basic dan belajar melukis kening dan shading pada hidung serta shading pada tulang pipi. Jadi masa belajar kelas ni.. MUA Yaya ajar menggunakan foundation dari TMS Jelita Shine Foundation.

So dah beberapa minggu zaza pakai TMS Jelita Shine Foundation ni dan pengalaman zaza guna..memang best. Apa kelebihan foundation ni sampai zaza pun memilikinya? 

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Label baru..foto dari facebook TMS Jelita Shine Foundation

TMS JELITA SHINE FOUNDATION

TMS Jelita Shine Foundation didatangkan dengan 2 kod warna iaitu Natural dan Pinkish. Zaza guna kod Pinkish.

Bagi kod Natural ia sesuai untuk semua jenis kulit dan sawo matang. Untuk kod Pinkish sesuai untuk kulit cerah dan kuning langsat.

Setelah guna zaza amat berpuas hati dengan foundation ni kerana amat ringan apabila di apply pada kulit muka. Terasa lembut dan apabila apply pada kulit muka, ia mudah meresap. Bila lama-lama tengok kulit macam glowing.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Hasil menggunakan TMS Jelita Shine Foundation.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Label lama..

Bahan-bahan yang digunakan di dalam TMS Jelita Shine Foundation adalah dari bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Minyak Argan, Vitamin E dan juga Kolagen. Fungsi bahan-bahan ini mampu merawat sekaligus membantu mencerahkan kulit muka.

Foundation ini juga mesra solat, tahan sehingga lebih 12 jam. Ia juga dapat menghilangkan jerawat dan jeragat bagi penggunakan yang berterusan.

Selain itu, kandungan yang ada dalam foundation ini juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV kerana kandungan Spf 60+

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
foto dari facebook TMS Jelita Shine Foundation

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Hasil makeup menggunakan TMS Jelita Shine Foundation

Gambar kelas Makeup menggunakan TMS Jelita Shine boleh tengok entri >>> Kelas Makeup Natural Look dari Yaya Touch Bandar Seri Jempol

Beberapa testimoni pengguna yang gembira mengunakan foundation ni.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

Banyak lagi testimoni di mana ada yang berjaya merawat masalah jerawat dan membuatkan kulit mereka kelihatan bersih. Tak kusam lagi.

Sebab tu zaza pun suka guna foundation ni.. zaza sendiri pun jatuh hati. Walaupun saiznya agak kecil tapi boleh tahan sebulan peggunaan. 

Harganya pun murah je hanya RM30.00 je..


TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

So kalau ada rakan-rakan zaza nak try foundation ni boleh la terus Whatsapp Agent Yaya di talian 016 261 7253

Info lanjut juga boleh dapatkan di Facebook >>> TMS Jelita Shine Foundation


The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

$
0
0
The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah. Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Diharap semuanya sihat. Zaza pun baru balik bercuti dari kampung halaman. Lama tak pulang bertemu mak dan abah.

Sebenarnya zaza nak ceritakan kat semua rakan-rakan tentang ada sebuah tempat yang cukup istimewa untuk rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin melangsungkan pekahwinan.

Tempat tersebut adalah THE WEDDING HERITAGE. Apa yang istimewanya kat sini?

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Untuk pengetahuan semua, THE WEDDING HERITAGE menawarkan sebuah pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah ( All In Package ). Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan bermula dari RM9,500 sahaja.

Mendapat sambutan dari orang ramai untuk menggunakan khidmat mereka. Kini THE WEDDINGHERITAGE telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai 2 buah cawangan.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

SENARAI 2 CAWANGAN THE WEDDING HERITAGE
( TWH )

Villa TWH  : Wedding Venue & Eventspace
Tempat : taman Sri Ukay, Ampang

Spesifikasi Majlis :

Birthday Party
Product Lauching
Open House
Berendoi & Aqiqah
Tunang, Nikah ( 100-200 pax )
Private Reception
Terhad kepada 500 pax

Banglo TWH :Wedding Venue
Tempat : Seksyen 6, Kota Damansara

Spesifikasi Majlis :

Malam Berinai
Nikah
Night Reception
Day Reception
Corporate Open House
Terhad kepada 2000 pax

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Semuanya lengkap seperti Makeup, Katering, Juru foto, Pelamin, Bilik Persalinan, Bilik rehat untuk keluarga dan tetamu.

5 SEBAB KAHWIN DI THE WEDDING HERITAGE...

1. FLEKSIBEL

Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan terdapat perbezaan kahwin di TWH dengan di dewan. Ini kerana pengurusan TWH memberikan lebih masa seperti selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Malah tetamu juga masih dapat berjumpa pengantin jika datang lewat. Ibarat seperti berada di rumah mereka sendiri.

Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Bagaimanapun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan TWH juga memberikan masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet sehingga 3 bulan sebelum majlis.

Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, aiskrim sebagai menu sampingan

2. KESELESAAN

Bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu dan ruang tamu bagi kelaurga juga disediakan. Di Banglo Kota Damansara juga mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam. Ruang yang disediakan cukup selesa untuk keluarga dan mereka yang ada anak kecil untuk menyusukan bayi.

Persiapan ahli keluarga juga seperti berada dirumah kerana keperluan seperti seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala, lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Untuk solat jemaah juga boleh tau.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah


3. KUALITI

Vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH juga mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Idea-idea baru dan segar dari mereka juga sangat berkualiti. Setiap tempahan pelanggan akandiuruskan oleh senior wedding planer yang dilantik menjadi floor manager di hari majlis.

TWH jua menyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan.

4. KAHWIN CUCI TANGAN

Ramai yang memilih TWH kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal dikawasan perumahan atau pangsapuri dimana tidak mempunyai ruang dan sempit untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Selain itu pelanggan juga tidak perlu berpenat lelah untuk menguruskan perkahwinan mereka. Merak juga menganggap pakej yang ditawarkan TWH murah berbanding wedding venue yang lain. Malah banyak item percuma diberikan. Mereka memilih TWH ibarat mengadakan " Kahwin Cuci Tangan " bagi pelanggan

5. BIDAN TERJUN

Kebanyakan TWH menjadi pilihan utama mereka untuk berkahwin di saat akhir. Jika dalam tempoh 2 minggu tempahan masih ada tarikh kosong, TWh mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti.

TWH juga mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir dan mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah membuat yang terbaik dan mereka semua juga amat berpuas hati.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

KHAS UNTUK 20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN MENDAPAT REBATE BERNILAI RM500. REBATE INI SAH SEHINGGA MAC 2017 SAHAJA. CEPAT TEMPAH SEKARANG!!!

Untuk maklumat dan tempahan layari


ATAU HUBUNGI TERUS TALIAN 016 562 9394


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

$
0
0
Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Assalamualaikum.. kebiasaannya kalau zaza nak keluar ke kedai zaza akan pastikan bibir di oles dengan sedikit lipstik agar wajah tak pucat. Antara lipstik yang amat sesuai sekali digunakan adalah Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Lipstiknya comel kerana warnanya transparent dan di dalamnya terdapat sekuntum bunga mekar dengan pelbagai warna yang menarik.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Bunga hijau menjadikan lipstik ini unik dan mendapat perhatian ramai

Pilihan zaza sudah tentulah bunga hijau ( green ) kerana hijau adalah warna kesukaan zaza..tapi zaza pun suka dengan koleksi warna lain yang ada seperti bunga warna pink ( pink ), bunga berwarna merah ( red ) dan juga bunga berwarna kuning ( yellow )

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
CadeauCadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai empat ( 4 ) pilihan warna bunga

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya adalah
  • Chamomilla Recutita - chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa - Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis - English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena - Damask Rose
  • Bellis Perennis - Common Daisy
  • Magnolia Kobus - Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum - Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia - Lavender
  • Rosa Rugosa - Beach Rose
Zaza pun tak lah tahu sangat tentang jenis-jenis bunga ni..


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow 

Apa yang bestnya dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow? Zaza dah pakai. Kelihatan cantik apabila di oles dibibir. Lipstik ini seperti lip balm yang membantu merawat masalah bibir seperti merawat bibir merekah. Pemakaian secara berterusan menjadikan bibir lembab dan lebih cantik.

Ia juga menjadikan bibir kelihatan pink kemerahan semulajadi. Lihat saja perubahan bibir zaza sebelum dan setelah memakai Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow.. nampak lebih berserikan bibir selepas oles lipstik ni..

Zaza menggunakan lisptik kod - Viridiflora GL04 

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sebelum dan selepas..aumm pink bibir..cantik warnanya

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan

Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan. Limited edition tau. istimewanya lagi tentang Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ialah kerana ia dihasilkan secara homemade dari Korea. Baunya wangi. Apabila dikenakan dibibir juga kelihatan bersinar.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Nak cucinya pun senang.. Macam zaza lah, biasa kalau berjalan jauh, zaza akan kenakan lipstik jenis matte yang sangat susah dicuci..jadi ia memakan masa terutama ketika zaza nak solat. Tapi dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ia sangat mudah nak cuci. Lipstik ini juga bertahan sehingga 8 jam

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Ok, buat rakan-rakan dan pembaca semua..jika anda berminat untuk mendapatkan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow boleh saja membuat tempahan secara online.

Harga bagi satu unit Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow adalah RM95.00 sahaja


Tempahan terus melalui :

Instagram : cadeau_beauty


Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

$
0
0
Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Diharap semuanya sihat dan ceria selalu.

Perkahwinan yang indah menjadi idaman buat pasangan yang bakal berkahwin. Setiap pasangan tentunya mempunyai impian tema perkahwinan sendiri. Macam zaza juga..zaza suka akan tema taman yang dihiasi bunga bungaan dan daun-daun kehijauan.

Bagaimanapun untuk membuat persiapan sesebuah majlis perkahwinan bukanlah mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapi agar majlis bahagia itu nanti berjalan dengan baik.

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Oleh sebab itu, satu Portal Projek Kahwin ditubuhkan untuk memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin dengan bajet yang bersesuaian dan perkhidmatan mengikut lokasi yang berdekatan dengan mereka

Portal Projek Kahwin yang disediakan ini amat membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan lain-lain.

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin
Salah satu vendor Portal Projek Kahwin iaitu Sweet Pictures..jurufoto yang menghasilkan gambar kahwin yang cukup cantik

Portal ini diwujudkan berikutan kerana kurangnya laman-laman web yang menjadi tempat pengusaha-pengusaha mengumpul produk perkahwinan

Ia juga dibuat bagi membantu pengusaha bumiputera meluaskan lagi empayar peniagaan mereka kepada orang ramai sekaligus dapat membawa jenama mereka ke seluruh Malaysia dan luar negara.


Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna

Portal Projek Kahwin ini juga dibina dengan fungsi yang mesra pengguna dan amat mudah diakses. Ia boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar.

Di dalam Portal Projek Kahwin juga terdapat banyak vendor perkahwinan dan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka. Jadi amat mudah bakal pengantin memilih vendor kesukaan mereka.

Bukan itu sahaja, paparan maklumat seperti facebook dan instagram juga membuatkan bakal pengantin boleh melihat kemaskini aktiviti-aktiviti oleh vendor tersebut. Malah boleh terus menghubungi vendor sekiranya ada pertanyaan.

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin
Sebahagian daripada koleksi gambar-gambar yang ada di Portal Projek Kahwin

Bagi melancarkan lagi pengguna melayari Portal Projek Kahwin, satu aplikasi ios dan android untuk Portal Projek Kahwin akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Jadi kesimpulannya, Portal Projek Kahwin ini amat berguna untuk mereka yang bakal berkahwin. Selain mudah ia amat menjimatkan masa bakal pengantin yang masih mencari-cari pakej kahwin yang bersesuai mengikut citarasa dan bajet mereka.

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Portal Projek Kahwin Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin
Dekorasi pelamin indah dari salah satu vendor di Portal Projek Kahwin

Bagi rakan-rakan zaza dan pembaca yang lain..jika anda sendiri, atau rakan-rakan atau keluarga yang mencari pakej kahwin..zaza cadangkan untuk membuat rujukan di Portal Projek Kahwin ini.. Insyallah amat-amat mebantu anda semua.

Untuk info dan maklumat terperinci melalui Portal Projek Kahwin ini boleh melayari 

Facebook : projekkahwin
Instagram : projekkahwinmy

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

$
0
0
Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan zaza tersayang. Apa khabar? Semoga semuanya sihat.

Sudah agak lama zaza tak sertai contest-contest yang menawarkan hadiah seperti shawl dan pakaian. Kebetulan beberapa minggu lalu rakan blogger Nisa Ahmad pemilik blog - www.powerofmotivatorblog.wordpress.com telah mengadakan contest di facebook.. dan akhirnya zaza dan seorang lagi berjaya memenangi sehelai shawl satin. 

Teima kasih tau.. so nah sedikit gambar zaza mengenakan shawl satin tersebut,

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

JOM KENALI BLOGGER NISA AHMAD

BIOGRAFI

“Seindah kata, secangkir madah, sekelumit bicara...”
NA is short name of Nisa Ahmad. Seorang yg ceria, peramah, cool and easy-going, giler2 and not gila ok :D, sukekan perkara2 positif dan open-mind, tak mudah putus asa, suke berangan setiap masa. Apa yg dapat dikongsikan adalah sebuah rentetan kisah hidup yg agak panjang di mana NA yg sentiasa diuji, tapi itu semua tak mematahkan semangat pun sebab setiap kejayaan haruslah bermula drpd kegagalan dan setiap kesenangan itu haruslah merasai kesusahan dulu. Sebab itu,  NA sentiasa pujuk hati ni supaya sentiasa sabar dan kuat menjalani kehidupan dan ape yg NA dapat bantu di sini adalah daripada penulisan ni harap dapat memberikan sedikit inspirasi utk anda berjaya dlm hidup. Ini adalah, blog yg ketiga NA tulis selepas yg pertama,Blogspot dan kedua, Joowaal yg sebelumnya, tapi semuanya ade mslh teknikal sikit. Mulanya, memang main2 jer menulis ni, tapi since ramai yg suke pd perkongsian ni and best frens NA ckp bila nak update new story dlm blog coz lame dah tak menulis, rasenyer hampir berbulan2 senyap tanpa perkhabaran berita. Jadi, NA try semula utk menulis sebab rase hidup ni sunyi dan kosong…kosong…kosong… tanpa blog. Bukan ape, NA rasa masih ramai lagi yg perlukan sumber2 motivasi dan perangsang utk memberikan semangat menempuhi kehidupan. NA bukan pandai atau terror sgt dgn hal2 memotivasikan org ni tapi ini hanyalah perkongsian NA sendiri ikhlas dari hati dan akan turun ke hati kpd korang yg membacanya nanti… - Nisa Ahmad
Zaza pernah jumpa masa tahun 2016..masa tu program Sepetang Bersama Blogger ( SBB2016 ) yang diadakan di Kuala Lumpur.. dari situlah kami berhubung melalui laman sosial.

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini
Kenangan pertama kali berjumpa... zaza panggil Kak Nisa Ahmad ( bertudung ungu )

Blog Kak Nisa Ahmad www.powerofmotivatorblog.wordpress.com banyak menceritakan tentang motivasi, semangat dalam kehidupan, kisah santai dan juga cerpen yang ditulis sendiri bertajuk Kembalilah Sayangku

Walaupun agak jarang mengemaskini blognya..Kak Nisa Ahmad aktif di media sosial. So rakan-rakan zaza yang lain jom ikuti blog kak Nisa..

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini

Follow Instagram : @nisablogwriter
Facebook : Nisa Ahmad

Ok..ini saja sedikit ringkasan tentang Kak Nisa..apa pun terima kasih sekali lagi atas hadiah shawl ni.. :)

Shawl Pemberian Blogger Nisa Ahmad | Jom Kenali Blogger Ini


Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

$
0
0
Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver. Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harapnya semua sihat. Zaza memang tak pernah nak ada aksesori seperti cincin. Cuma baru-baru ni zaza terima cincin merisik dari bakal mertua. Itulah cincin pertama zaza. Bila dah ada cincin dijari, terasa nak tambah lagi. Terasa cantik pula diri ini apabila mengenakan cincin,berseri- gittu..mehmeh

Trend sekarang ni zaza tengok wanita-wanita pakat duk pakai yang jenis ukir nama,bukan setakat cincin, malah gelang pun ada jenis yang boleh ukir nama. Pernah zaza tengok ada seorang makcik datang ke tempat kerja zaza pakai gelang ukir nama.Cantik sangat. Berkenan zaza tengok.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cakap tentang cincin, baru-baru ni zaza telah diperkenalkan oleh rakan ada sebuah kedai yang menjual  cincin ukir nama iaitu ASIA SILVER. Kedai ASIA SILVER ni terletak di Kelantan.

ASIA SILVER  menawarkan servis menjual dan menerima tempahan barang kemas perak 925 ukir nama.Maknanya boleh custom made dan pre order  mengikut citarasa dan design tersendiri.Segala jenis perhiasan wanita ada dijual,cincin ukir nama,rantai ukirnama,gelang,brooch,dan macam2 lagi,malah untuk laki2 pun ade butang baju melayu dan neck tie clip yang boleh ukir nama!Wahh menarik,kan! Ini namanya RARE,zaza suka! Hiks

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Buat mereka yang berminat boleh lah membuat tempahan di ASIA SILVER,tambahan sekarang design baru dah keluar sempena raya Aidilfitri 2017. Sebelum tu jom ketahui terlebih dahulu beberapa  FAKTA MENARIK TENTANG PERAK 925 DAN CARA PENJAGAANNYA.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

PERAK 925

Untuk pengetahuan, Perak 925 bukanlah 100% diperbuat daripada Perak. Sebaliknya peratusan Perak yang digunakan ialah 92.5% dan selebihnya adalah tembaga iaitu sebanyak 7.5%. Ini kerana 100% logam Perak terlalu lembut dan amat sukar untuk dibentuk.

Selain itu, kilatan dan kilauan pada Perak 925 tidak kekal kerana ia mudah teroksida menjadi kekuningan, coklat dan adakala menjadi kehitaman.  Lapisan Oksida ini hanya di permukaan sahaja. Jadi Perak 925 ini dapat dikilatkan semula dengan cara merendamkannya ke dalam cecair pencuci  ( elektrolit ) kemudian dikilatkan dengan mesin pengilat.Ada juga kain khas untuk mencuci perak yang teroksida.

Lapisan Oksida yang ada pada permukaan Perak 925 terdiri daripada

a)      Silver Sulfide (Ag2S) – Lapisan Coklat Hitam ( seperti berkarat )
b)      Silver Oksida ( Ag2O )
c)      Copper Oksida ( Cu2O )

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver


CARA PENJAGAAN PERAK 925

Berikut adalah cara untuk menjaga Perak 925 :
1. Perak akan teroksida dan jadi tidak Kilat sekiranya:
a) Terkena Garam
b) Minyak Wangi
c) Cecair Pencuci Silver
d) Clorox Bleach
e) Bahan kimia yang terdapat di salon rambut (ketika melakukan rawatan rambut spt rebonding dll)
e) Peluh pemakai yang mempunyai Toksik badan yang tinggi
f) Peluh Pemakai yang mempunyai bahan kimia berpunca daripada pengambilan Alkohol ,pengambilan ubat yangbBerterusan sepeti anti depresen, darah tinggi dan sebagainya ) dan pengambilan Dadah

2.Perak 925 patut disimpan secara :
a) Simpan di tempat yg kering tanpa udara yg lembap.
b) Jangan bercampur dgn bahan logam yg lain spt duit siling , kunci,pemutar skru dan sebagainya.
c) Balut dgn tisu kering dan simpan dlm beg plastik kecil .
d) Elakkan mencampur perak asli atau perak yang disadur emas 916

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver


BARANG KEMAS PERAK SADUR EMAS

Untuk pengetahuan rakan-rakan juga,barang kemas perak ukirnama sadur emas ialah perak yang telah ditempa membentuk barang kemas mengikut design yang dikehendaki. Kemudian kemasan akhir akan disudahi dengan sadur emas. Sadur emas pula menggunakan bancuhan air emas dimana Perak yang telah siap ditempa dan dicuci akan dicelupkan ke dalam cecair emas yang dibancuh kemudian dicelup sehingga rata seterusnya mengenai semua permukaan yang dikehendaki.

Tempoh hayatnya pula bergantung kepada cara penjagaan dan pemakaian. Sekiranya ia dijaga dengan baik, Insyaallah mampu bertahan sehingga berbulan-bulan. Mungkin juga bertahun-tahun.

Jika sudah pudar, ia boleh dibaikpulih dan disadurkan semula.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver


KEBAIKAN BARANG KEMAS PERAK SADUR EMAS

Berbaloi juga memilikinya kerana ia selamat untuk dipakai. Malah jika hilang pun tidaklah ralat sangat. Biasanya emas original harganya mencecah sehingga RM10 ribu dan lebih, tetapi dengan Perak sadur emas ni,harganya bermula Rm80 ke atas.biasanya Rm200-Rm500 pun sudah dapat item yang kelihatan mewah bila dipakai.

Amat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang atau anak-anak. Biasanya budak-budak lasak, jadi kalau rosak pun kos untuk membaiki tidaklah mahal.

Sesiapa pun boleh memiliki. Dengan menghadiahkan barangan kemas yang ada ukir nama tentunya membuatkan mereka menghargai pemberian tersebut.

Istimewanya juga ia boleh di custom, mix dan match kan. Boleh pilih mana-mana design yang diinginan atau tengok contoh-contoh hasil dari ASIA SILVER sendiri kerana kepakaran mereka dalam mengukir nama. Bagaimanapun jika design dari kilang yang ready made mungkin sedikit susah.
Ada sesetengah tak suka menunggu lama untuk produk custom made,boleh lah membeli barangan ready made yang ada pelbagai design. Samada produk silver atau emas sadur Bangkok.

PRODUK LAIN YANG DIJUAL

Di ASIA SILVERjuga turut menjual beberapa lagi produk lain seperti rantai leher pelbagai design, rantai tangan, Gelang, Cincin, Subang, Rantai Kaki, Brooch ,Butang baju melayu,Neck Tie Klip, Keychain, Loket dan lain-lain.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

ASIASILVERjuga telah banyak menyertai booth-booth jualan seperti TIMOR FEST, GEGEY FESTIVAL, WEDDING FEST, MERIAH RAYA BAZAAR , BEAUTY FEST dan banyak lagi program-program lain yang terlibat.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

DIMANA NAK TEMPAH?


Buat yang berdekatan boleh datang ke premis ASIA SILVER yang terletak di Kelantan. Apabila datang sendiri ke sini, pelanggan dapat melihat sendiri sample dan mengambil barang yang telah siap.
Bagaimanapun mereka yang jauh boleh membuat tempahan secara online.

Maklumat lanjut boleh terus ke premis

ASIASILVER, 
G-L1-22, Ground Floor, Bazaar Tuan Padang,
Lot 962, Seksyen11, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Facebook : Asia Silver Shop
WhatsApp : 016 940 3330


Kuih Bakar Berlauk Daging

$
0
0
Kuih Bakar Berlauk Daging. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harap semuanya baik-baik dan sihat sentiasa.

Pertama kali zaza tahu ada Kuih Bakar Berlauk Daging ni.. tahu pun sebab salah seorang rakan yang membuat dan menjualnya sendiri.. Disebabkan tengok macam sedap..zaza pun cubalah sekeping. So pertama kali zaza rasa kuih bakar ni..nyata memang sedap dan rasa nak makan lagi..

Kuih Bakar Berlauk Daging
Kuih Bakar Berlauk Daging sememangnya sedappp

Bentuknya seakan bunga dan ditengah diletakkan daging bercampur bawang.. Sekeping Kuih Bakar Berlauk Daging ni dijual dengan harga RM4.00 sahaja tau..

Ada orang panggil Kuih Bakar..ada orang panggil Kuih Berlauk..so zaza panggil je Kuih Bakar Berlauk Daging mehmeh

Untuk menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni tidak lah susah. Boleh saja lihat banyak resepi-resepi membuatnya di enjin carian.

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging

Zaza sendiri yang duduk kat Malaysia pun tak tau tentang kuih ni..kalau rakan zaza tu tak membuat dan menjual..memang zaza tak tahu pun kewujudannya.. haha teruknya ;p

Kuih Bakar Berlauk Daging ni dibakar menggunakan acuan baulu kemboja. Biasanya satu bancuhan tepung boleh dapat 6 keping.

Dalam menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni pun..ada yang letak sekali dengan daun bawang dan cili merah. Rasanya enak dan sedikit pedas kerana lauk dagingnya.


Kuih Bakar Berlauk Daging

Selain Kuih Bakar Berlauk Daging, ada juga dijual rojak kuih, kuih cucur udang, kuih tako dan air buah segar

Kuih Bakar Berlauk Daging
Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan

Kuih Bakar Berlauk Daging
Lepak-lepak merasai air buah mangga segar

Buat rakan-rakan zaza dan pembaca yang ingin merasai Kuih Bakar Berlauk Daging boleh lah datang ke Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Berdekatan dengan SAWARI dan bangunan Felda.. ( depan sekolah )

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle | Nikmati Wafer Aiskrim

$
0
0
Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim. Assalamualaikum..waktu petang bila tiba waktu cuti dan ada kerja-kerja yang memerlukan zaza mengambil gambar..so port paling zaza suka lepak adalah dekat butik cafe Cabuudle. Sambil-sambil buat kerja sambil dapat nikmati menu-menu serta minuman yang dijual..

Kali ni zaza nikmati Wafer Aiskrim dan Durian Crepe sebagai menu petang zaza..next time jika ada menu baru zaza nak try jugak.

Wafer Aiskrim ni dijual dengan harga RM5 je..durian crepe pula seketul RM2.00

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Hidangan ringkas dan santai di waktu petang..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Selain wafer aiskrim dan durian crepe, ada lagi menu lain seperti cream puff, kuih tart,cheese kek dan beberapa makanan terpilih. Minuman pula ada cappucino, green tea, red tea, air mango, air apple, mocha, hazelnut dan lain-lain. Harga minuman bermula dengan harga RM2.50 ke atas.

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Mini cafe cabuudle..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
 Rasa durian yang aummm..zaza memang hantu durian

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Antara barangan terkini yang ada di Cabuudle adalah seperti barangan produk kesihatan, produk-produk muka, barangan makeup seperti lipstik, berus makeup, foundation dan lain-lain. Juga ada minyak wangi pelbagai jenama serendah RM10 mengikut jenama. Minyak wangi Dexandra pun ada juga tau..

Barangan makanan lain yang ada seperti Samyang Ramen, Biskut Gery Saluut Malkis yang tengah popular sekarang ni..Pes Laksa Sarawak, Kuih Kapit, Maruku Campur, Caramel Crunchy, Keropok Ketam Ranggup dan beberapa lagi.. 

Cabuudle juga selalu buat sales. So rajin-rajinlah follow Instagram +Cabuudle Boutique & Cafe 

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Muka kenyang bekal wafer aiskrim dengan durian crepe dua ketul..

Lepak Di Butik Cafe Cabuudle |  Nikmati Wafer Aiskrim
Bersama Kak Ika Jessica pemilik Cabuudle

Ok..ini lah sedikit ringkasan aktiviti zaza dekat Cabuudle. Apa pun thanks Kak Ika sebab bagi zaza buat kerja kat sini..

Sesiapa berdekatan atau ada datang ke Bandar Seri Jempol..boleh la singgah Cabuudle Boutique & Cafe

 Cabuudle Boutique & Cafe
Alamat L No 267, Tingkat Atas, Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Di buka
Isnin - Jummat : Jam 11.00 pagi sehingga 8.00 Malam
Sabtu : Jam 11.00 pagi - 5.00 Petang
Ahad : Cuti



8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

$
0
0
8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata. Mata adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Tak dapat dibayangkan kalau dunia ni gelap gelita.Mata yang kabur pun dah jadi tak seronok sebab tak dapat melihat dengan jelas. Macam zaza la rabun..seksa juga nak melihat.

Jadinya jagalah mata sebaik-baiknya. So cerita kali ni zaza nak share dengan rakan-rakan semua 10 Makanan Yang Baik untuk Kesihatan Mata.

Makanan-makanan yang disenaraikan ni mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Begitu juga dngan nutrien lain yang amat penting untuk mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

1. Bayam

Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain daripada itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang boleh mencegah penyakit glaukoma

2. Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione dalam bawang putih bermanfaat untuk melindungi kanta mata daripada radikal bebas seperti sinar UV

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Tomato

Tomato selalu digunakan untuk merawat kesihatan kulit muka. Tomato juga mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan mata yang sihat. Tomato kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene, dimana ketiga- tiga nutrien yang ini sangat penting kepada mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata


4. Kubis Dan Brokoli

Ia juga adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang baik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan mata. Brokoli atau kubis mengandungi nutrien yang sama seperti bayam dimana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini berfungsi sebagai 'cermin mata hitam' yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran UV. Memakan kubis juga  dapat mengurangkan risiko katarak

5. Avocado

Avocado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lutein. Fungsi Lutein ini adalah menghalang degenerasi makula dan katarak mata

6. Telur

Makanan ini mengandungi sumber yang sangat baik zat seperti lutein untuk mata, B12, vitamin D, zink, vitamin A, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung dalam putih telur adalah antioksidan yang terbaik yang boleh mencegah degenerasi makula dan katarak.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

7. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan mata seperti katarak dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga matahari juga mengandungi vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi sensitiviti penyakit mata kepada cahaya atau lebih dikenali sebagai "fotofobia"

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8. Lobak

Lobak adalah salah satu sumber terbaik Vitamin A, kandungan beta-karotena dalam lobak merah menjadi asas dalam badan kita yang kemudiannya ditukar kepada Vitamin A.



Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

$
0
0
Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita. Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni banyak juga zaza baca kisah macam-macam penyakit melanda wanita hari ini.Takut juga rasa. Semua orang nak sihat kan. Terutama masalah kitaran haid, jamgkitan kuman, penuaan, dan lain-lain.

Jadi zaza pun ambil pendekatan untuk mencuba produk minuman baru yang diperbuat dari Kurma Hitam dan Madu Asli.

Produk baru tersebut adalah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

KENAPA PERLU MEMILIH MINUMAN DEA DELLA?

Minuman DEA DELLA merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. Malah minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang pakar dalam bidang botanikal serta kepakaran melebihi 30 tahun. Jadi semestinya produk ini amat berkualiti.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta HALAL

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Alhamdulillah...sudah seminggu zaza mengambil minuman DEA DELLA untuk memberikan tenaga kepada zaza. Maklumlah bekerja ni memang kadangkala badan letih dan mengantok.

DEA DELLA dirumus dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita.


KELEBIHAN DAN KEBAIKKAN DEA DELLA

Rasa just minuman DEA DELLA ni seperti jus kurma dan amat sedap sekali. Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml. Walaupun kecil produk minuman ini amat bagus.

Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja meminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA

* Menstabilkan hormon wanita
Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara
Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita
menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim
Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus )
Mengurangkan sengugut
Menghilangkan masalah perut buncit
Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh
Mengembalikan pelincir pada wanita
Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin )
Menambah kolagen dalam badan
Mengurangkan kedutan halus pada wajah
Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah
Mengurangkan gejala Pra-monopouse
Mengurangkan bau badan dan mulut
Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua
Meningkatkan kesuburan wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

CARA PENGAMBILAN DEA DELLA

Pengambilan DEA DELLA senang je.. Seelokknya diambil 15 minit sebelum makan dan minum. Elakkan sudu berlogam sebaliknya guna sudu plastik.

Bagi wanita dewasa
( 3 HARI PERTAMA )
3 sudu besar pagi dan malam
( 6 sudu besar sehari )

SELEPAS 3 HARI PERTAMA &SETERUSNYA
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Bagi golongan remaja
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Anak kecil yang ada masalah keputihan
1 sudu teh pagi dan malam
( 2 sudu teh sehari )

     

Jadi sesiapa sesiapa berminat nak mencuba dan mendapatkan produk minuman DEA DELLA ni..boleh terus menghubungi zaza di facebook

Facebook : Zaza Iman
Facebook Page : https://www.facebook.com/zazaimandotcom/




Wishlist Harijadi Dari Shopback

$
0
0
Wishlist Harijadi Dari Shopback. Bila tiba harijadi selalu juga berangan ada orang buat sambutan dan bagi hadiah. Tapi seumur hidup tak pernah merasa orang sambutkan. Cuma tahun lepas je bos tempat kerja zaza belikan kek dan bagi hadiah beg.  Sejak kecil lagi memang tak pernah nak sambut harijadi sendiri. Zaza pun dah tak kisah kalau tak dapat sambut. Cuma kadang-kadang hati kecil ni nak sangat orang sambutkan..ada belon yang banyak, pakai baju cantik-cantik masa harijadi..ambil gambar.. tapi itu semua angan-angan yang tak akan pernah zaza dapat dan lalui..its ok

Sempena dengan harijadi, banyak yang zaza impikan..sebenarnya zaza nak sangat vespa. Sekarang zaza pergi kerja bawak basikal je.. tapi vespa tak ada pula dalam list dari store yang terpilih diShopback mehmeh.. jadinya.. 5 wishlist ni je la yang zaza mahukan. Mungkin nanti Shopback akan belanja zaza salah satu darinya..? mudah-mudahan

1. Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer

Diwaktu cuti atau diwaktu lapang zaza juga membuat kerja-kerja sambilan seperti membuat rekaan design menggunakan laptop. Jadi zaza amat memerlukan satu meja komputer khas seperti  Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer..amboi panjang betul nama dia..jenuh zaza nak sebut :p


Wishlist Harijadi Dari Shopback

Sekarang ni zaza guna meja kecil milik anak buah je. Itu pun cukup untuk letak laptop saja. Jadi segala buku dan nota-nota zaza terpaksa diletakkan di tempat lain.

Dengan Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer memudahkan zaza untuk meletakkan buku nota dan alat tulis lain kerana ada ruang khas disediakan. Selain itu zaza boleh meletakkan bingkai gambar sebagai penyeri meja komputer ni..

Harganya murah hanya RM225 je selepas diskaun dari Lazada Malaysia. Design kayu yang kelihatan cukup moden. Jadi zaza amat-amat menyukai meja komputer ini.

Untuk mereka yang berminat juga untuk membeli meja komputer ini..boleh tempah terus di




2. Queen Size Divan Bed 29-620

Wishlist kedua zaza adalahh... Memandangkan majlis perkahwinan berbaki beberapa bulan je lagi..jadi zaza berniat untuk menukar katil lama yang dah bertahun digunakan kepada katil yang baru, yang lebih lembut dan lebih selesa.

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Jadi katil yang menjadi idaman zaza adalah Queen Size Divan Bed 29-620. Ia dijual dengan harga potongan RM620 sahaja dari harga asal RM1000 di Lazada Malaysia

Tak sabar rasanya nak tidur lena dia atas katil ini..rekaannya walaupun nampak simple tapi kelihatan moden dan eksklusif. Gabunga warna hitam dan tilam berwarna coklat cukup menarik hati zaza untuk memilikinya.

Nak dapatkan juga katil macam zaza pilih ni? Tempah je terus di


3. Midea Electric Oven - 38Lt ( MEO-38GY5 )

Entah kenapa sejak menjadi dewasa dan bakal mendirikan rumahtangga, zaza jadi suka untuk memasak walaupun memasak zaza tidaklah pandai mana. Calon suami zaza lebih pandai memasak berbanding zaza. Jadi semestinyalah zaza nak mahir juga memasak seperti dia.

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Salah satu yang teringin zaza nak buat adalah membuat kek. Zaza amat memerlukan sebuah oven bagi membantu misi zaza ni..Oven pilihan zaza adalah Midea Electric Oven - 38Lt ( MEO-38GY5 )

Dijual di GO Shop Malaysia dengan harga RM389 sahaja tau..


4. 4 Feet Wardrobe W11 Wenge Mirror

Zaza ada sebuah almari baju yang dah rosak dibahagian laci kecil. Jadi bahagian tu susah untuk dimasukkan kembali apabila ditarik keluar. Lama-lama akhirnya langsung tak boleh nak tutup laci almari tu..Nak beli baru tak terbeli-beli. Lagi pun zaza beli almari tu murah je..

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Zaza fikir almari 4 Feet Wardrobe W11 Wenge Mirror amat sesuai untuk zaza kerana ada 4 ruang simpanan dan ada cermin di tengah. Almari dari kayu juga menjadi pilihan zaza. Harga yang dijual RM388 sahaja di Lazada Malaysia. Murahkan

Berminat nak dapatkan almari kayu ini? Boleh membuat pembelian di


5. CAT CAGE C344

Zaza memang suka kucing..tapi sayang banyak dah kucing kesayangan zaza dah tak ada. Sekarang tinggal dua je..itupun mak abah dan anak buah yang jaga dekat kampung. Kembang bulunya. Kucing zaza tu bernama Kandy ( si ibu ) dan Wafa ( si anak ). Entah baka apa pun zaza tak tahu. Berbulu oren. Kalau balik kampung..mesti zaza cari dua makluk ni..peluk-peluk dan cium.. Rindunya mereka

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Cuma kadangkala zaza risau sebab selalu buat perangai tak balik rumah. Takut juga hilang.. jadi zaza rasa zaza perlukan juga sangkar kucing yang luas dan selesa untuk mereka. Diwaktu malam boleh lah mereka tidur di dalam sangkar ni..malam-malam kucing keluar berkeliara bahaya juga..banyak kucing zaza hilang bila zaza biarkan mereka merayap diwaktu malam..

Nak order dan hadiahkan sangkar kucing untuk kucing kesayanagan? Beli je di


Jadi inilah beberapa barangan yang zaza impikan. Zaza harap zaza boleh memiliki kesemuanya dalam tahun ini.. zaza akan berusaha untuk mendapatkannya nanti terutama meja komputer. Ia keperluan zaza juga.


Dari tadi zaza sebut "Shopback "...sebenarnya apa..?

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Shopback adalah sebuah website online cashback yang sangat popular dikalangan kaki shopping. Merupakan yang pertama ada di Malaysia. Apa yang menarik tentang website Shopback ini adalah apabila anda shopping,  setiap hasil shopping di website ini akan mendapat kembali pulangan cashback.

Terdapat lebih 500 rakan kongsi yang bekerjasama di Shopback. Antara yang popular seperti Lazada,Foodpanda, Groupon, Zalora, Booking.com, Uber, Qoo10 dan banyak lagi. Pendek kata anda tentu gila untuk shopping menggunakan Shopback

Shopback kini telah ada di beberapa buah negara lain seperti Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.

Malah Shopback juga telah mendapat liputan di beberapa media seperti The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia dan Channel News Asia


Wishlist Harijadi Dari Shopback

Ia sebuah website yang menarik..tak sabar nak shopping.. :)

Mudah saja untuk mendapatkan cashback ini. Apa yang perlu anda buat adalah masuk ke website Shopback Malaysia. Kemudian pilih saja anda nak shopping di mana mengikut pengedar yang tersenarai. Selepas itu buat pembelian. Tunggu dalam tempoh 48jam anda akan mendapat cashback dalam akaun Shopback anda.

Tak faham..boleh tonton video penerangan ini..


Sila pastikan anda mendaftar dahulu di

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics

$
0
0
Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics. Lemak di badan adakalanya boleh membuatkan seseorang tu tidak gembira. Terkini satu mesin dikenali sebagai Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics menggunakan teknologi Jerman-kejuruteraan diperkenalkan kepada umum.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro ( Shockwave US FDA diluluskan )

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo (second from right), Medical Director of Elite Laser Clinic and Key Opinion Leader of Zimmer Aesthetics officiating the launch of Zimmer Z Lipo and Z WavePro products. With him are (from right) Ms Jess Kong, General Manager of Med III Division of Neoasia, Mr Henry Holitschke, Zimmer Area Sales Manager from Germany, Dr Alice Prethima from Ageless Medispa and Clinic, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif from The Life Clinic and Dr Chan Boon Khai from TDOX Clinic


Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics 


Produk Zimmer ini dapat membantu membuang lemak dengan jangka masa yang lebih cepat. Malah Generasi kedua Cryo Lipolysis juga dapat memenuhi impian mereka yang ingin membuang lemak di badan.

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo presenting to the audience on Z Lipo and Z WavePro by Zimmer Aesthetics - the fat-freezing system for non-invasive body contouring and the second generation of Cryo-Lipolysis technique at the media launc recently

Dalam majlis pelancaran produk tersebut, Dr. Pablo Naranjo iaitu Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic telah menerangkan fungsi teknologi tersebut. Ia tidak seperti membuat pembedahan atau liposuction yang menyakitkan. Generasi kedua Cryo Lipolysis juga bukanlah proses menyedut lemak merbahaya kerana ia telah mendapat kelulusan pada 2009 dan begitu popular.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro  ( Shockwave ) adalah satu teknik contouring badan menggunakan Jerman Engineered Teknologi.

Satu kajian yang dibuat oleh Dr Michael Ingargiola ( pakar bedah plastik ), rawatan ini telah menjana purata 20 peratus daripada pengurangan lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan. Trigliserida iaitu asid lemak dan gliserol juga akan terhapus secara semulajafi melalui sistem limfa kemudian diproses oleh hati

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Salah seorang rakan yang telah membuat rawatan menggunakan mesin Generasi kedua Cryo Lipolysis

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics dan Z WavePro adalah mesin estetik inovatif yang dicipta bagi tujuan pembekuan lemak dan badan contouring dalam rawatan selulit sehingga bertindak di kawasan lemak yang keras

Ia merupakan mesin yang serba boleh dan telah memenangi anugerah pada tahun 2016. Ia telah didatangkan dengan tiga aplikator yang berbeza iaitu kecil, sederhana dan besar dimana ia dioptimumkan mengikut bentuk badan dan saiz

Z Lipo Lipo Dan Z WavePro
Generasi ke -2 Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

Jerman Engineered
Kelulusan US FDA pada kombinasi shockwave
Lebih rawatan kepada lemak oleh kerana terapi kombinasi Cry0-lipolysis + US FDA di luluskan oleh US FDA shockwave yang juga merawat selulit, kulit longgar dan lain-lain
Tiada kesan sampingan yang teruk
Bukan Invasif
Hanya sedikit ketidakselesaan semasa melakukan rawatan
Hasil boleh dilihat dengan cepat
Jangka masa rawatan sekitar 60 minit
Bagi mereka yang ingin membuat rawatan ini boleh la datang ke 5 klinik yang tersenarai di bawah

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

info lanjut juga boleh layari

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

$
0
0
Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh. Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai urusan zaza dan family.. terima kasih semua yang mendoakan zaza.. Langkah pertama dan bakal menjadi isteri orang tak lama lagi.. Semoga semuanya dipermudahkan.

Persiapan tunang baru-baru ni..zaza memang ada buat hantaran dan salah satu adalah kek dan cupcake. Jadi setelah servey beberapa tempat yang buat kek, zaza terjumpa seorang yang tinggal berdekatan tempat zaza yang membuat kek dan cupcake.

Kek yang zaza minta adalah kek vanilla..dengan hiasan bunga rose pink diselitkan dengan daun hijau. Selebihnya zaza minta Erah ( pembuat kek ) ikut je kreativiti dia macam mana.. zaza jenis tak cerewet pun.. semestinya hasil yang erah buat zaza amat suka.. ramai puji hiasan kek ni cantik...

Kek vanilla ni pun sedap dan lembut. Tiba-tiba rasa mengidam lagi nak makan kek...

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Yang kedua zaza tempah adalah cupcake.. tema warna biru dan sedikit berwarna pink.. Selebihnya zaza turut serahkan pada erah untuk hiasnya macam mana. Cupcake ni zaza serahkan untuk hantaran lelaki..
Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh


Ok..buat rakan-rakan zaza yang tinggal di Bandar Jengka dan Temerloh dan nak buat tempahan dengan Erah boleh la terus menghubungi Erah di

Facebook :Erah Jasmine



Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

$
0
0
Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya. Assalamualaikum..apa khabar rakan zaza semua..redup dan sejuk cuaca hari ini selepas hujan..waktu-waktu macam ni la bila tak buat apa..zaza suka habiskan masa untuk main makeup-makeup. Sejak masuk kelas makeup personal hari tu..zaza dah mula kumpul barang makeup..cumanya soal kening sampai ke sudah zaza masih tak reti-reti lagi..

Kalau sebut pasal makeup-makeup ni semestinya cermin adalah perkara yang penting. Tak ada cermin macam mana nak makeup kan..

Entah macam mana...zaza ternampak satu cermin yang ada lampu..iaitu KATE VANITY MIRROR DARI MAKEUP MURAH BY NAOMIE. Cermin ni dah mula menjadi kegilaan kaum perempuan termasuk la zaza sendiri.

Lengkap dengan meja solek memudahkan kaum perempuan untuk makeup. Ohhh semestinya ia menjadi wishlist zaza untuk memilikinya nanti.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

KATE VANITY MIRROR mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk rekaan. Setiap rekaan yang dihasilkan cukup moden dan eksklusif.

Pelanggan yang menempah juga boleh request design yang mereka mahukan. Pada cermin ini terdapat lampu-lampu comel yang dipasang dikeliling cermin. Lampu-lampu inilah yang membantu menerangi dan memberikan efek cahaya yang lebih cantik semasa nak makeup.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Salah satu koleksi Kate White Berlaci yang ditempah oleh pelanggan. Zaza suka dengan warna putih ini.. Design simple tetapi menarik dan nampak elegent.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Dibawah ini pula ialah salah satu style design dari pembeli di Kuching Sarawak..zaza amat menyukai design sebegini. Satu lagi dengan meja yang luas dan lebar zaza boleh letak pelbagai barang makeup atau minyak wangi.

Kata Naomie, pemilik yang menjual KATE WANITY MIRROR ini design ini special kerana ala-ala hollywood. Okeyyy..zaza pun nak sebijik macam ni jugak lah nanti..boleh kan Naomie? mehmeh

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Selain warna putih..KATE VANITY MIRROR ini juga boleh request dengan pelbagai warna lain. Hanya perlu tambah RM100 dari harga asal untuk Custom Color dan RM120 untuk Glossy Color

Salah satu Kate Eksklusif tempahan dari Miss Sarah dengan warna Black Glossy Color. Mempunyai 3 laci dan bucu bulat dihujung.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Ini pula permintaan pelanggan yang mahukan warna merah..amboi suka adik ni bila si ibu membelinya..

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Untuk pengetahuan rakan zaza semua, MAKEUP MURAH BY NAOMIE telah pun membuat penghantaran KATE VANITY MIRROR ini hampir ke seluruh Malaysia. Antara beberapa negeri yang telah membuat tempahan cermin ini adalah seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Mereka juga mengutamankan kualiti produk. Malah pelanggan yang telah menempah semuanya berpuas hati. Penghantaran juga terus sampai ke rumah anda. Antara yang menjadi hot selling adalah KATE VANITY TABLE BIG WHITE yang kini telah berada di 50 buah rumah di seluruh Malaysia

Harga KATE VANITY MIRROR ni juga murah dan mampu milik.. harga saiz biasa RM280.00. Noamie juga turut menawarkan harga installment serendah RM100 sebulan. Jadi anda kan terima KATE VANITY MIRROR ini setelah selesai membuat pembayaran penuh.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui :

Whatsapp : 010 960 0726 ( Naomie )


Naomie juga sedang membuat contest SAYA NAK MENANG KATE VANITY MIRROR.Untuk menyertai boleh baca syarat diSini

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

$
0
0
Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare. Assalamualaikum. Pengalaman zaza bekerja dalam penjualan produk kecantikan dan kesihatan, zaza temui ramai dikalangan perempuan menghadapi masalah kulit jerawat dan jeragat berbanding lelaki.

Jadi untuk merawat masalah ini ada satu produk penjagaan wajah baru yang boleh dicuba iaitu TIENNA SKINCARE


Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

TIENNA SKINCARE merupakan produk baru yang mengggunakan ekstrak buah betik dalam proses pembuatannya. Semestinya ramai yang telah mengetahui buah betik sering digunakan dalam produk kecantikan dan banyak khasiatnya untuk mencerahkan dan merawat kulit.

TIENNA SKINCARE juga mengandungi Vitamin A, C dan E dan amat sesuai untuk semua jenis kulit

Dalam set produk TIENNA SKINCARE terdapat empat ( 4 ) iaitu

1. Toner 50ml
2. Day cream ( 20g )
3. At Night Cream ( 20 g )
4. Facial Wash 100ml

KEBAIKAN TIENNA SKINCARE

Berikut adalah beberapa kebaikan TIENNA SKINCARE jika memakai secara konsisten antaranya

1. Ia dapat mengatasi masalah jerawat 
2. Dapat membantu mencerahkan kulit kusam dan tak bermaya
3. Dapat membantu memutihkan kulit
4. Meratakan warna kulit yang tidak rata
5. menghilang dan menyamarkan cela dan parut dimuka
6. Dapat menghilangkan kedutan wajah
7. Mengembalikan keremajaan dan menyinarkan kulit muka


CARA MENGGUNAKAN TIENNA SKINCARE

Cara menggunakan set muka TIENNA SKINCARE ni mudah saja. Langakah pertama adalah...

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

1. Cuci Muka menggunakan Facial Wash
Pencuci ini bertindak untuk membersihkan kulit dari kotoran yang melekat. Mengandungi ekstrak buah betik yang dapat membantu mencerahkan kulit

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan leher 3 kali sehari. Di waktu pagi, tengahari dan malam


Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

2. Memakai Toner 
Toner bertindak sebagai pembersih dan penyegar kulit di mana ia dapat mengurangkan jerawat dan kulit yang kusam

Cara penggunaan :  Ratakan toner menggunakan kapas muka ke seluruh muka selepas menggunakan facial wash

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

3. Day Cream
Ia berfungsi untuk melindungi kulit muka dari cahaya matahari yang terik sekaligus mengilangkan flek hitam yang terdapat pada muka.Day Cream ini juga bertindak sebagai sunblok yang mengandungi SPF 30 yang dapat melindungi kulit dari cahaya matahri yang boleh merosakkan kulit

Cara Penggunaan : Ratakan day Cream waktu pagi dan di siang hari

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

4. At Night Cream
 Ia mengandungi ekstrak betik, Vitamin A, C dan E serta bemzoly. Fungsi At Night Cream dapat merawat kulit, mengeringkan jerawat dan menyekatakan tona kulit. Selain itu ia juga bertindak sebagai pencerah dan menghaluskan kulit muka. 

Cara Penggunaan : Ratakan At Night Cream di waktu malam

Produk TIENNA SKINCARE masih dalam proses KKM, Bagaimanapun produk ini juga begantung kepada kulit individu. Jika didapati produk ini tidak bersesuaian, jangan teruskan pemakaian.


HARGA TIENNA SKINCARE :

Set Trial : RM99.00
Postage RM 8.00 ( SM ) / RM11 ( SS )
( Cleanser 30ml, Toner 20ml, Day Cream 5g, dan At Night Cream 5g )


Premium Set : RM189.00
postage RM8.00 ( SM ) / RM 11 ( SS )
( Cleanser 100ml, Toner 50ml, Day Cream 20g dan At Night Cream 20g )


Bagi yang berminat untuk mencuba boleh mendapatkan produk ini dengan menghubungi :

Instagram :tieenaempire
Whatsapp : 017 666 3592


Viewing all 663 articles
Browse latest View live