Syoknya Jumpa Anuar Zain Dekat Seremban 2. Dulu selalu cakap nak kahwin dengan Anuar Zain..mehmeh...Kebetulan zaza bercuti.. keesokannya nak pulang..tiba-tiba zaza dapat berita yang Anuar Zain akan datang ke Seremban 2 untuk bertemu dengan peminatnya. Sanggup tau balik lambat ke tempat tinggal zaza yang perjalanan 2 jam semata-mata nak berjumpa Anuar Zain depan mata.
Sebaik je sampai..nampak dah kelibat Anuar Zain berucap dan menyampaikan lagu-lagu popularnya. Mantap la suara Anuar Zain.. Patut la dia antara artis yang ada value tersendiri. Memang sedap sangat suara.
Sebaik je sampai..nampak dah kelibat Anuar Zain berucap dan menyampaikan lagu-lagu popularnya. Mantap la suara Anuar Zain.. Patut la dia antara artis yang ada value tersendiri. Memang sedap sangat suara.
Zaza sempat ada setengah jam je kat sini.. Dalam hati harap sangat dapat jumpa Anuar Zain dekat-dekat. Mujur la lepas nyanyi beberapa buah lagu Anuar Zain turun stage untuk bergambar dengan peminat.
Memandangkan zaza tak dapat nak selfie bersama..sempat la zaza snap secara dekat Anuar Zain. Hensem dan awet muda.
Suara Anuar Zain memang sedap sangat. Sama je macam dalam radio. Mengancam dan ada aura
Selepas bergambar bersama peminat Anuar Zain sekali lagi naik ke pentas untuk menyanyi. Masa ni zaza tak boleh nak lama-lama dah.Kejar masa untuk pulang ke tempat tinggal zaza. Sempat dengar beberapa lagu akhirnya zaza pun terus berlalu pergi..
Gambar macam ni pun jadilah kan..
Masa ni nak balik dah...bye bye Anuar Zain..
Masa berjalan keluar nak ke parking kereta.. ternampak pula kereta peronda HOTFM ZOOMER..apa lagi kan.. rakan zaza yang kat belakang tu ajak posing.. dengan kereta pun jadilah..mehmeh
Walaupun sekejap..tapi rasa puas hati juga dapat jumpa Anuar Zain. Bertahun-tahun dah minat dia. Akhirnya jumpa jugak..moga zaza dapat berjumpa dengan Anuar Zain lagi.. Insyaallah

















