Cream Puff Dengan Custard Diplomat Cream. Assalamualaikum .Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Masih berjumpa lagi kita. Semoga semuanya sihat. Yang tak sihat banyakkanlah berehat.
Sejak kebelakangan ni zaza banyak melihat ada dikalangan rakan facebook zaza menjual sejenis kuih yang dipanggil Cream Puff. Mulalah zaza pun mengidam. Memandangkan rakan-rakan yang menjual duduk di tempah jauh, so nak pos pun macam tak sesuai.
Agak lama juga zaza mencari dekat area tempat zaza tinggal. Akhirnya terjumpa juga Cream Puff ni yang dijual si sebuah butik cafe iaitu butik Cabuudle Boutique & Cafe
Apa lagi terus la zaza mintak owner Cabuudle simpankan. Petang tu jugak zaza bawak anak buah zaza ke Cabuudle untuk menikmati dan merasai sendiri kelazatan Cream puff ni..
Pertama kali berpeluang merasainya..sangat-sangat sedap...teksturnya memang cukup lembut. Didalam Puff ni ada Custard Diplomat Cream. Memang sedap sangat.Sampai 8 biji bedal tau..Ditaburi dengan gula aising..menyelerakan.
Waktu santai petang hari memang elok la menghidangkan cream puff ni. Buat korang yang ada majlis tak kira la majlis harijadi ke atau apa-apa saja boleh juga hidangkan cream puff ni kat tetamu.
Buat rakan-rakan zaza yang berada di negeri sembilan dan nak mencuba Cream Puff ni bolehla dapatkan di Cabuudle Boutique & Cafe. Tapi sebelum tu..baik bertanya dulu pada owner. Sebab cream puff ni cepat habis. mehmeh
Antara barangan yang dijual di CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ini adalah seperti pakaian yang up to date, tudung dan shawl, Bawal AJ, produk kecantikan dan kesihatan. aksesori wanita,minyak wangi,kasut, barangan makeup dan makanan.
CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE turut menyediakan satu mini cafe untuk santai-santai sambil menunggu rakan selesai bershopping. Ada dijual Cheese cake, roti sarang lebah, kerepek,kuih tart, mini pizza dan makanan-makanan terpilih.
Tempat pun selesa. Pemiliknya pun cukup ramah. Kalau korang yang duduk berdekatan atau kebetulan datang ke Serting, boleh la singgah CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ni.
Alamat : No 267,Tingkat Atas,Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 9 malam
Ditutup pada hari ISNIN sahaja
Instagram : @cabuudle
Instagram : @cabuudle















