Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Zaza nak tanya, kalau dekat laman sosial siapa yang korang suka ikuti? Kalau ditanya pada zaza selain beberapa artis, zaza juga amat suka mengikuti beberapa motivator kegemaran zaza. Antaranya Dr. Tuah Iskandar, Hilal Asyraf, Alif Teega dan Mustaqim Jiwa.
Untuk kali ini, zaza nak kongsi mengenai motivator Mustaqim Jiwa dan bukunya bertajuk Teruntuk Langit Yang Bercanda.
Sebelum ni zaza sering ikuti Mustaqim Jiwa atau nama pena Jiwa, dekat twitter. Zaza pun tak ingat dah sejak bila suka follow Jiwa ni tapi setiap status dan kata-kata motivasi, puisi memang kena dengan jiwa zaza. Menusuk kalbu la orang kata..sampai la selalu nampak Jiwa ni share beberapa buku yang ditulis. Masa tu belum tergerak hati lagi nak beli.
Kemudian zaza ikuti pula dirinya dekat instagram. Banyak kata-kata indahnya turut zaza kongsi dekat laman instagram zaza. Sampailah satu hari tu zaza ternampak Alif Teega ada buat review bukunya iaitu Teruntuk Langit Yang Bercanda. Terus zaza rasa macam terpana tau dengan ayat puisi yang dibaca oleh Alif iaitu :