Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

$
0
0

Masih ingat tak zaman kecil-kecil dulu, kalau main komputer mesti akan main game Solitaire yang ada dekat dalam pc macam game daun terup tu. Game Solitaire ni memang terkenal zaman era 90an. Masa tu zaza pun sekolah rendah lagi. Ingat lagi pernah main game solitaire ni dekat pc abang zaza.

Sebenarnya bermain game daun terup ke atau apa jua game selagi ia tidak melibatkan taruhan duit atau apa-apa taruhan, boleh je untuk bermain. 

Macam sekarang ni, kerja banyak yang perlu menghadap komputer, memang penat dan letih juga. Jadi zaza suka berhenti seketika dan layan game untuk hilangkan rasa penat dan mengantuk.

Zaza luangkan masa bermain game online percuma dekat Solitaire.org ini. Yang penting dekat Solitaire.org ini, tak ada iklan langsung. Tu yang seronoknya. Kalau ada iklan memang semak juga rasa kan.

Main game solitaire.org ni pun percuma tau. Tak perlu nak daftar dan tak perlu download.

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Main game ni, selain nak hilangkan rasa mengantuk, ia juga bagus juga untuk menguji otak dan mata kita.

Antara game yang ada di solitaire.org ini seperti :

solitaire.org/logic-puzzle-games/ - Logic Puzzle games
solitaire.org/word-games/ - Word Games
solitaire.org/hidden-object-games/ - Hidden Object Games
solitaire.org/mahjong-games/ - Mahjong Games
solitaire.org/card-games/ - Card Games
solitaire.org/match-3-games/ - Match 3 Games
solitaire.org/free-online-games/ - Free Online Games


Zaza dah bermain beberapa game yang ada. Jadi zaza nak kongsi lah game apa yang best dan menyeronokkan yang zaza suka.

1. Logic Puzzle Games

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Dalam kategori Logic Puzzle Games ini ada 40 lebih permainan. Zaza cuba main game Chess Grandmaster sebab zaza tak pernah main game catur. Masa mula main, tak faham sangat..tapi lepas dah cuba beberapa kali baru faham macam mana nak bermain. Serius..memang seronok juga main catur ni rupanya walaupun kalah je hahahaaa.. Berulang kali juga zaza main game ni.

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Catur adalah salah satu permainan tertua di dunia. Dalam permainan ini, kita perlu menggunakan tentera untuk menangkap raja musuh. 

Boleh pilih bermain sebagai hitam atau putih. Kemudian pilih tahap kesukaran ( easy, medium, hard ) dan mula bermain.

Kalau korang tak faham macam mana nak bermain, dalam setiap games ada ditunjukkan penerangan dan cara-cara untuk bermain game.

Play Game >>  Chess Grandmaster


2. Word Games

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Dalam kategori Word Games, ada 5 jenis game pilihan. Antara 5 pilihan ini, zaza suka bermain game Daily Word Search dimana kita perlu mencari perkataan dalam grid teka teki. Nampak senang kan tapi terpusing-pusing juga mata ini nak mencari perkataan tersembunyi tu.


Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download


Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download


Dalam grid teka teki, ada saiz grid boleh pilih 12x12, 14x14 atau 16x16. Ada paparan tarikh dan juga masa. Jadi bolehlah korang tahu berapa lama masa yang diambil untuk selesai mencari perkataan tersebut.

Zaza suka game ni sebab menguji fokus dan mata kita untuk mencari perkataan tersembunyi.


Play Game >>Daily Word Search


3. Hidden Object Games

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download


Antara game yang best dan selalu juga zaza main dekat phone dulu. Tapi sekarang tak boleh nak download sangat dah game dekat phone sebab selalu penuh. Nasib baik ada game online je tak payah dah nak download.

Ada 8 pilihan game dalam kategori Hidden Object Games ni. Zaza pilih game The Palace Hotel.

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Antara game yang mudah dan disukai oleh kanak-kanak. Hidden Games Object ini memerlukan korang mencari objek yang tersembunyi dalam permainan. Cari objek tersebut seperti yang telah dipaparkan pada screen. Sebaik sahaja jumpa, korang perlu klik objek tersebut untuk keluarkannya.

Kalau gagal mencari, korang boleh menggunakan button "Hint" di sebelah kiri untuk membantu mencari. Kalau korang tekan objek yang salah, korang akan dihukum dengan masa ditolak 5 saat. 

Pada zaza, game ini mudah tapi ada ketika samar-samar juga nak mencari objek tersebut.

Play Game >>The Palace Hotel


4. Match 3 Games

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Match 3 Games ada 6 pilihan game yang boleh korang main. Antara game yang menjadi nostalgia zaman kanak-kanak zaza dulu adalah game Zuma Legend

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Zuma Legend ni ada banyak peringkat. Untuk ke peringkat seterusnya mestilah kena mengalahkan setiap peringkat barulah boleh pergi ke peringkat seterusnya.

Rasanya mesti semua orang tahukan game ni macam mana. Nampak macam senang je tembak-tembak bola yang sama warna ketika bola sedang bergerak. Kita perlu tembak semua sebelum bola tersebut bergerak sampai ke penghujung. Kalau sampai ke penghujunh, kita perlu mengulangi semula permainan.

Play Game >> Zuma Legend


5. Free Online Game

Dalam kategori Free Online Game, ada 5 pilihan game yang boleh korang main. Antaranya Cookie Monster, Daily Word Search, Letter Scramble, Merge Cakes dan Tennis.

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Game Online Percuma di Solitaire.org Tanpa Download

Play Game >> Cookie Monster


Game lain yang boleh korang main dekat sini selain di atas, korang boleh cuba Mahjong Games dan Card Games.

Game dekat sini memang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Korang kalau tengah buat kerja dan rasa penat, boleh segarkan diri dengan luang masa bermain game ni seketika. Sekurangnya dapat juga hilangkan rasa penat dan megantuk kan.

Tapi apa pun, main game ini ada had juga. Jangan terlalu leka bermain sampai terabai perkara lain. Main game berpada-pada okayyyy..






Viewing all articles
Browse latest Browse all 663