Abadikan Gambar Kenangan Dengan Instant Photo Di Weprint. Macam zaza ni memang suka sangat bergambar. Pantang pergi mana-mana ada je nak rakam. Selain gambar sendiri..zaza juga suka ambil gambar-gambar pemandangan indah. Baru ni laptop zaza terkena virus.Habis semua gambar-gambar kesayangan zaza tak dapat diselamatkan. Sedih.Sudahlah backup gambar tiada. Gambar-gambar lama semua hilang macam tu je.Bila terjadi macam ni baru lah terfikir nak abadikan semua gambar kenangan tu dengan menggunakan Instant Photo di Weprint.
Hasil cetakan gambar menggunakan Instant Photo di Weprint
Memori bersama rakan baik blogger Tengkubutang.com
Selain gambar weprint juga mencetak keychain bergambar. cantikkan..gambar kucing zaza, si luna menjadi pilihan untuk zaza cetak pada keychain
WEPRINT
Untuk pengetahuan korang semua, WePrintadalah sebuah mesin yang mencetak gambar segera dengan kualiti tinggi pertama di Malaysia.Dengan hanya menggunakan telefon pintar, korang dapat mencetak dengan pantas dengan hanya menggunakan aplikasi WeChat.
Gambar juga boleh dicetak menggunakan pelbagai material contohnya magnetic paper, photo paper, di atas button badge dan juga di atas cover telefon pintar. ia mampu mencetak beribu-ribu gambar.
Meisn ini dikeluarkan oleh syarikat Liberty Printing iaitu syarikat percetakan yang mencetak pelbagai jenis barangan cenderahati dan juga menjual pelbagai mesin cetak.
Mesin Weprint
BAGAIMANA MENCETAK MENGGUNAKAN WEPRINT
Caranya mudah saja...
1. Buka aplikasi WeChat
2. Scan kod QR dari mesin cetak. Pilih state dan acara
3. Pilih gambar yang ingin dicetak dan pilih "print photo"
4. Masukkan kod ID yang tertera
5. Tunggu sehingga gambar dicetak
Mesin ini berada di salah sebuah pusat membeli belah
WEPRINT SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN
Untuk pengetahuan korang juga, mesin WePrint ini boleh menjana keuntungan kepada sesiapa sahaja terutamanya buat mereka yang berniaga. Ia direka untuk membantu pengiklan mengiklankan bisnes, produk atau servis yang dibuat.
Sebagai contoh anda menjual aiskrim jenama anda. Maka mesin tersebut akan menunjukkan iklan tentang aiskrim yang anda jual pada skrin mesin. Sementara menunggu gambar yang dicetak siap, orang ramai akan melihat iklan tesebut. Dari situ.. orang ramai akan mengetahui tentang aiskrim yang anda jual.
Mesin WePrint ini juga menyediakan template dimana anda boleh meletakkan nama dan logo syarikat atau apa saja maklumat yang anda ingin letak.
Contoh hasil orang ramai meletakkan gambar logo dan maklumat yang mereka mahukan
WePrint mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan sehingga kini sudah mula dikenali ramai. Ia mempunyai beribu-ribu pengikut di WeChat.
Mesin ini sesuai digunakan untuk sebarang jenis majlis atau program-program yang sesuai.
Mesin ini sesuai digunakan untuk sebarang jenis majlis atau program-program yang sesuai.
WEPRINT - CETAK GAMBAR DENGAN PANTAS
Sekiranya anda ternampak mesin ini dimana-mana..bolehla segera mencetak. Gunakan kod dibawah untuk mendapatkan 10% diskaun semasa pembelian. Diskaun ini sah sehingga 30 November 2016.
PEMBEKAL MESIN WEPRINT
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan mesin Weprint ni.. bolehlah mendapatkannya dengan pembekal dari LIBERTY PRINTING.
LIBERTY PRINTING merupakan pembekal bahan-bahan dan mesin cetak heat transfer yang berada di Malaysia
Mesin Weprint ini diimport dan diedarkan oleh LIBERTY PRINTING sejak tahun 2015 lagi.
Sekiranya anda berminat dan ada sebarang pertanyaan,
boleh terus menghubungi pihak LIBERTY PRINTING di :
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
5, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor
Email: order@libertyprinting.com.my
Tel : 019-985 8151 (Elaine)
Facebook : https://www.facebook.com/weprintmachine
Waktu Urusan : Monday to Saturday (9am to 6pm)















