Assalamualaikum, hi apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah baru selepas beberapa hari yang lalu kita menyambut Hari Raya kan..walaupun tak dapat beraya seperti tahun sebelum ini, tapi tetapi sambutan tetap meriah.
Btw kan, zaza ni memang penggemar tudung dan rajin beli. Kebanyakan koleksi hijab atau tudung zaza jenis plain shawl. Kalau jenis bercorak zaza kurang sikit tapi ada je yang bercorak sekali sekala zaza pakai. Selebihnya lebih kepada plain je. Rasa macam plain ni lebih sesuai dengan muka zaza ni..
So kali ini zaza nak share satu jenama tudung yang zaza suka iaitu MARHUNA.
Selalu je zaza dengar jenama Marhuna ni tapi baru kali ini zaza cuba dapatkan tudungnya. Apa yang menariknya pasal shawl ini adalah kerana rekaannya yang berbentuk pensel yang pertama di Malaysia. Ia dinamakan atau disebut sebagai Pencilbie by Marhuna
Unikkan? Tak pernah lagi zaza jumpa shawl bentuk pensel macam ni. Sebelum ni memang zaza pun dah lama nak cari shawl yang bucunya jenis tirus. Alhamdulillah tak sangaka pula yang jenama Marhuna ni ada mengeluarkan jenis bucu yang memang sudah lama zaza mahukan.
Setiap pembelian Pencilbie ini didatangkan dengan kotak eksklusif berwarna biru gelap. Sesuai sangat kalau nak buat gift untuk ibu ke, kakak atau adik, rakan-rakan perempuan ke..pasti mereka suka sebab Pencilbie ni menggunakan material kain yang sangat berkualiti iaitu dari material Premium Crepe Chiffon dan lembut.
Info Tentang Jenama Marhuna
Disini zaza nak share sedikit info bagaimana weujudknya jenama Marhuna ini. MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Pn. Nabiha Mohd Mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.
Berbekal minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Pn.Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti. Perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.
Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".
Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segiempat sama.
Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainnya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya.
Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.
Bagi yang ingin mendapatkan Pencilbie by Marhuna ni, boleh terus membuat pembelian di :













