Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Ubat Kutu Kucing ( Flea Out ) Berkesan

$
0
0
 
Assalamualaikum dan hi..apa khabar semua? Semoga ceria selalu..oklah, semua orang tentu ada bela kucing kan..macam zaza sebelum ni kucing semua dah mati..tinggallah seekor je kucing baru yang zaza beri namanya Sweet. Jantan tau..tapi manja dia..alahai..kalah kucing betina..

Sweet pun zaza jumpa dengan penuh kurap..sekarang ni kurap dia pun dah beransur nak elok.

Tapi kali ni zaza bukan nak cerita pasal Sweet. Nak share pasal kucing zaza nama Baby. Sebelum kemunculan Sweet ni..Baby dulu datang. budak kecik yang sangat penakut dengan semua manusia. Masa zaza jumpa dia mengeow kat halaman rumah pun memang jenuh zaza nak tangkap dia. Siap marah-marah. Tapi sebab kesian sangat tengok dia comot dan mengoew tak tentu arah, zaza usaha juga tangkap dia dan letak dalam rumah kucing.

Masa jumpa Baby ni..memang bulu dia penuh gila tau dengan kutu kucing yang besar-besar tu..sorry zaza tak snap gambar time berkutu tu sebab tak terfikir pun nak share. Lepas jumpa tu keesokannya zaza mandikan la dia dengan syampu kutu tapi kalau setakat syampu je memang tak hilang la kutunya tu.. Jadi zaza pun try buat carian dekat group kucing di facebook berkenaan cara nak hilangkan kutu kucing..sehinggalah zaa ternampak ramai share pasal satu ubat kutu kucing yang berkesan ni..so apa lagi kan..zaza pun cari kat shopee dan terus beli.

Ni la ubat kutu kucing tu. Nama zaza tak tahu sebab dalam tulisan cina. Kotak kucing dan botolnya hijau.

Ubat Kutu Kucing ( Flea Out )  Berkesan
Kiri ( gambar ubat kutu kucing ),
tengah ( baby masa dah besar ), kanan ( hari pertama jumpa baby )

Sampai je zaza terus letak ubat ni dekat Baby. Ubat ni beracun tau. Jadi kena letak ikut pada arahan yang diberikan.

Penggunaan :

  • Cabut penutup dari botol
  • Dekat bahagian belakang tengkuk kucing tu, selak sikit sehingga menampakkan kulit
  • Lepas tu titis ubat mengikut berat haiwan ( memandangkan zaza tak tahu berat Baby ni berapa, jadi titis je dalam 3 titis )

Sekali je zaza letak dan selepas tu kurung semula Baby dalam rumah dia. Elakkan bercampur dengan kucing lain untuk sementara. Biarkan selama  3 jam lebih macam tu..dan hasilnya..alhamdulillah, memang kutu kucing tu hilang. Tak tahu la jatuh kemana kutu-kutu tu semua hahaha..

Tapi memang berkesan sangat walaupun sekali je zaza letak ubat ni ( 3 titis ). Zaza beli ubat kutu kucing ni pun dekat Shopee je..

Mungkin korang yang ada kucing berkutu tu boleh la try ubat kutu ni..zaza story ni atas pengalaman zaza sendiri. Beli pun atas perkongsian ramai pasal ubat ni.


Ubat Kutu Kucing ( Flea Out )  Berkesan


Boleh beli Ubat Kutu Kucing ( Flea Out ) di sini SHOPEE QASEHZALINDA

Apa pun, zaza rindu gila kat Baby..tapi hanya mampu tengok gambar je sebab Baby hilang.. Kalau Baby masih hidup dan ada orang lain bela dia..moga-moga Baby sihat selalu.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 663