Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

$
0
0

Assalamualaikum dan hi korang..apakhabar? harap semuanya sihat dan ceria selalu..last zaza tengok wayang dengan kakak dan familynya masa kat KL filem Ejen Ali. Tempat wayang pun tak lah jauh dari rumah..boleh la pergi tengok kan..tapi bila dah kat kampung zaza ni..memang jauh lah panggung wayangnya. Kalau nak pergi pun macam susah juga sebab tak ada geng yang nak teman..

Baru-baru ni heboh tentang filem baru Bulan dan Pria Terhebat lakonan Zahira Macwilson, Zizan Razak, Maya Karin, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Nadi dan ramai lagi. Ini merupakan sebuah lagi filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Memandangkan zaza pun minat juga dengan zahirah, zizan dan lawak Bell tu..harap ada la masa nak pergi tengok nanti..kalau tak pun, kena beli kat astro la bila dah keluar kat astro first nanti.

Filem Bulan dan Pria Terhebat akan ditayangkan pada esok, 12 Mac 2020. zaza tengok trailer pun macam gempak jugak.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Filem ini mengisahkan tentang Bulan ( Zahira Macwilson ) yang merupakan seorang pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia. Bulan kemudiannya menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia demi mencari adiknya bernama Melati. 

Melati, seorang gadis yang telah diperdaya dan telah dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan kemudiannya bertemu dengan Haris. Haris bekerja sebagai pemandu e-hailing sedia untuk membantu Bulan dalam mencari dan mendapatkan semula adiknya dari bapa ayam,Agus dan juga Ricky iaitu ketuanya. Ricky pula telah mengupah seorang pembunuh upahan bernama Tony untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Kalau baca sinopsis memang menarik dan trailer pun penuh dengan aksi dan tentunya ada unsur lawak diselitkan terutama part Bell Ngasri tu. Pengarahnya Ghaz Abu Bakar sebelum ni pun pernah menghasilkan filem Polis Evo.

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

Sinopsis Bulan dan Pria Terhebat

So korang boleh la bawa family atau kawan-kawan pergi tonton filem ni esok atau time cuti nanti. Trailer boleh tonton diyoutube Astro Shaw. Jom support filem Melayu!!!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 663