Butik Cafe Cabuudle Bandar Baru Serting. Ini kali ke dua zaza datang terjah sebuah butik cafe berkonsep vendor iaitu CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE. First zaza datang masa mula-mula dibuka. Kali kedua zaza datang..giler tengok sebab macam-macam dah ada. Yang paling menarik perhatian zaza adalah pakaian dan produk kosmetik.
Nama CABUUDLE diilhamkan dari sebuah beg shopping. Antara barangan yang dijual di CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ini adalah seperti pakaian yang up to date, tudung dan shawl, Bawal AJ, produk kecantikan dan kesihatan. aksesori wanita,minyak wangi,kasut, barangan makeup dan makanan.
Bersama pemilik Cabuudle Kak Ika Jessica
Suasana butik cafe Cabuudle
Buat korang yang nak buat facial muka dan rawatan spa pun boleh kerana CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE menyediakan satu mini spa khas iaitu MY SWEETY MINI SPA untuk korang. Dengan harga pakej mampu milik. Macam biasalah, korang perlu lah booking terlebih dahulu.
Bawal Aj dan bawal jenama,,,lupa dah tapi serius cantik giler
Kalau korang datang kesini bersama rakan-rakan..mungkin adakala terasa penat dan lapar. So CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE turut menyediakan satu mini cafe untuk santai-santai sambil menunggu rakan selesai bershopping. Ada dijual Cheese cake,laksa sedut,roti sarang lebah,agar-agar sedut,kerepek dan makanan-makanan terpilih.
Memandangkan sekarang bulan puasa, so tak dapat la zaza nak merasa kelazatan makanan yang dijual. Tunggu selepas raya dan masa free nak datang lepak makan sini.
Mini cafe untuk pengunjung..boleh datang lepak-lepak
kaunter hadapan Cafe Cabuudle.. anak sapa la ni menyelit..mehmeh
Barang-barang kecantikan dan makeup... ommm zaza suka giler tempat macam ni..
Harga barangan yang ditawarkan juga murah
Barangan kosmetik yang ada disini
Antara kasut yang dijual...
Anak sapa la ni kusyuk melihat barang yang dipamerkan...
Wangi Dexandra pun ada..
Tempat pun selesa. Pemiliknya pun cukup ramah. Kalau korang yang duduk berdekatan atau kebetulan datang ke Serting, boleh la singgah CABUUDLE BOUTIQUE & CAFE ni.
Alamat : No 267,Tingkat Atas,Pusat Perniagaan Serting Utama,
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 9 malam
Ditutup pada hari ISNIN sahaja
Instagram : @cabuudle
Instagram : @cabuudle