Bank Negara Malaysia Menganjur Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4 - 6 April. Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini yang berterusan ke rantau Pantai Timur selepas mengembara negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainmentkewangan.
Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.
Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.
Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:
No | Negeri | Daerah / Bandar | Lokasi | Tarikh |
1 | Pahang | Gambang | Kampus Gambang/ Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang | 18 Mac |
2 | Pahang | Jengka | Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 | 19 Mac |
3 | Terengganu | Dungun | Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya | 20 Mac |
4 | Kelantan | Lundang | Kompleks Balai Islam | 21 Mac |
5 | Terengganu | Kuala Nerus | Dewan Gemilang, UniSZA | 24 Mac |
6 | Terengganu | Kuala Nerus | Universiti Malaysia Terengganu | |
7 | Terengganu | Setiu | Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom | 25 Mac |
8 | Terengganu | Besut | Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung | 26 Mac |
9 | Terengganu | Hulu Terenganu | Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu | 27 Mac |
10 | Terengganu | Marang | Dewan Majlis Daerah Marang | 28 Mac |
11 | Kelantan | Pengkalan Chepa | Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan | 31 Mac |
"Karnival Kewangan akan mengembara ke seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ianya penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada karnival ini dari segi pemahaman produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di 09-622 0571.












