Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti. Siapa pernah tonton rancangan dekat hurr.tv ?? Kalau tahun lalu zaza ada share satu posting mengenai rancangan fesyen.insta ootd trending paling win untuk hijabista..so kali ini hurr.tv kembali lagi dengan sebuah lagi program baru iaitu rancangan beli-belah barangan pre-loved eksklusif, Nak Beli 2.0. Apa yang ada dengan program kali ni?
Tonton Nak Beli 2.0 Live Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Dari Influencer dan Selebriti
Nak Beli 2.0 adalah sebuah program sebanyak 10 episod web yang memberikan peluang kepada semua penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan selebriti dengan harga yang menarik di laman web Beli@hurr iaituhttp://shop.hurr.tv/
Program ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 dan ditayangkan pada jam 8.30 malam di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv
Program akan dihoskan oleh Nana Al-Haleq dan Nisha Ezzati secara bergilir-gilir dan turut mengundang tetamu jemputan yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose,Andriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa.
Hos Nana Al-Haleq bersama NurLynn Azureen
Aireen Natasya, Hos Nisha Ezzati dan Maisarah
Menariknya lagi dalam program Nak Beli 2.0 ini kerana menampilkan satu segmen iaitu Happy Hour. Segmen ini memaparkan jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Penonton yang menyaksikan juga akan mendapat diskaun bermula 30 peratus sehingga 50 peratus untuk beberapa produk yang terpilih serta set lengkap.
Menurut Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv," Nak Beli musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini adalah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin dibuat bagi peminat bertuah. jadi jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turut menerusi App Store dan Google Play. Selain itu, bagi penonton yang membuat pembelian juga, mereka tidak akan dikenakan cas penghantaran. Ianya PERCUMA dengan pembelian minimum.
Penonton juga dapat melihat personaliti kegemaran berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual. Sudah tentulah setiap barangan tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Tonton Episod#1
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-1
Aireenscarfs :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-1/products/aireenscarfs
Tonton Episod#2
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2
Lynn Mascara :
https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2/products/lynn-mascara
Bagi Episod#3 telah berlangsung pada 27 Mac lalu di www.hurr.tv dan di app hurr.tv.
Mengenai Hurr.tv
Hurr.tv merupakan laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia yang boleh ditonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Membawakan kandungan dalam talian bagi memenuhi selera penonton. Ia memaparkan personaliti media sosial dan selebriti seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.
Hurr.tv telah dilancarkan pada 2016 dan sehingga kini telah mendapat 50 juta tontonan dan lebih 335 ribu pengikut di Youtube.
Beli@Hurr pula adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai barangan fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Pelbagai barangan unik dan berkualiti ditawarkan dan anda boleh membeli belah dimana jua pada bila-bila masa.
Dapatkan barangan eksklusif di Beli@Hurr Online Store http://shop.hurr.tv/
Anda juga boleh mengikuti mereka di saluran






