Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya. Walaupun Zaza baru je ada lesen memandu tapi Zaza masih gementar lagi nak “drive” sorang-sorang sebab selalu membayangkan jika apa-apa terjadi. Tapi Zaza perlu berani sebab sampai bila nak harapkan orang je terutamanya kalau nak keluar.
Ada satu peristiwa ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Zaza nampak satu kemalangan jalan raya yang mungkin masih baru masa tu..sebabnya ada mayat terbaring di jalan raya. Keadaan kereta pun agak remuk.
Bila ada peristiwa macam tu Zaza akan terfikir apalah nasib mangsa dan keluarga mereka. Time tu mula la hidung rasa pedih-pedih dan mula nak keluar air mata..Zaza kalau bab macam ni memang cepat gila touching nya.
Satu lagi pengalaman Zaza, masa Zaza nak pulang ke rumah..Zaza naik bas seperti biasa. Entah macam mana waktu tu dapat pemandu yang bawa cukup laju.. Memang masa tu risau dan berdebar sangat..Rasa nak melayang nyawa..Time tu ada satu keadaan pemandu bas cuba brek mengejut dan ada seorang pakcik yang tidur di seat paling depan di hadapan Zaza terjatuh..kesian sangat. Penumpang lain pun marah-marah minta pemandu tolong bawa berhati-hati dan jangan laju sangat. Tapi mereka pula yang dimarahnya. Ya, ini peristiwa yang memang terjadi..sejak itu Zaza jadi takut nak naik bas lagi..
Memandu terlalu laju sebenarnya amat bahaya dan boleh mengundang kemalangan. Begitulah juga yang suka bermain telefon bimbit semasa sedang memandu. Tahu tak, penggunaan telefon semasa memandu adalah penyebab utama kemalangan di Malaysia dan juga luar negara.
Bila dah terjadi kemalangan akibat sikap kita, baru lah mula nak menyesal..jika sekadar keadaan kereta saja yang kerosakan sedikit mungkin tak apa..tapi bagaimana jika keadaan kereta yang remuk.
Zaza ada terbaca tentang Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM ) dan Malaysian Takaful Association (MTA). Di dalam laman web PIAM dan MTA, kita boleh dapatkan info mengenai insurans/takaful motor.
Melalui laman web ini, Zaza juga boleh memperoleh sebut harga daripada syarikat insurans/takaful motor pilihan. Bandingkan kos dan perkhidmatan yang ditawarkan sebab motor insurans/takaful kini telah diliberalisasi. Dah tak sama dengan dulu sokita sebagai pengguna patut luangkan sedikit masa untuk mengetahui cara-cara untuk menikmati lebih manfaat daripada motor insurans / takaful yang dibeli.
Sila layari :
http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/FAQs-on-Liberalisation-of-Motor-Tariff.aspx
#PlayYourRole











