Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

$
0
0

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur . Zaza antara individu yang kerap tidur lewat malam..pernah banyak kali cuba tidur awal antara jam 11.00 malam ke 12 malam tapi still tak boleh nak tidur..ada saja perkara yang nak dibuat,,belek buku, tengok phone sehinggalah berlarutan sampai jam 1.00 ke 3.00 pagi.

Pernah juga terjadi masa sedang elok layari internet di laptop..secara tiba-tiba kepala rasa pening dan seperti nak tumbang..sebenarnya keadaan macam tu tandanya disebabkan kita kurang tidur. Jadi menjaga kualiti tidur tu penting. Dengan tidur yang cukup, aktiviti seharian pun menjadi mudah dan tidak terganggu.

Jadi untuk mendapatkan kualiti tidur yang cukup dan berkualiti, ada beberapa tip untuk anda yang mungkin berguna..

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

1. Menukar Waktu Melakukan Aktiviti Pada Sebelah Pagi

Macam zaza selalu baca buku diwaktu malam..jadi mungkin selepas ini zaza pun kena cuba ubah waktu membaca ke pagi. Kebanyakan ada antara kita sanggup berjaga sehingga lewat malam untuk melakukan perkara yang disukai seperti membaca novel. Jadi apa kata cuba ubah di waktu pagi. Dengan cara ini, anda akan rasa nak tidur lebih awal supaya dapat bangun lebih awal untuk membaca novel. Mungkin boleh membaca ketika sedang menikmati sarapan pagi..

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

2. Pengambilan Kopi Terakhir Pada Jam 2 Petang

Zaza memang jarang gila minum kopi..tapi bagi anda yang gemarkan kopi, tahukah anda purata seseorang untuk menyingkirkan kafien dalam sistem tubuh adalah kira-kira 5 hingga 7 jam. Bagi menyingkirkan 75% kafien yang ada dalam tubuh akan mengambil masa 8 hingga 10 jam. Jadi pengambilan kopi atau minuman berkafien di petang hari atau malam pastinya akan menganggu tidur. Oleh itu, waktu terbaik minum kopi sebelum jam 2 petang

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

3.  Pakai Stokin Untuk Hangatkan Kaki

Kalau berada dalam bilik yang bersuhu sejuk, pastinya mudah untuk kita tidur kan kerana tubuh memerlukan suhu yang lebih rendah untuk tidur, tetapi sekiranya suhu terlampau sejuk akan menyebabkan kaki menjadi sejuk dan dingin. Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan haba dalam tubuh terperangkap lalu menyebabkan anda menjadi susah nak tidur. Oleh itu pakailah stokin ketika tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

4.  Mengemas Tempat Tidur

Bila tempat tidur sentiasa kemas dan cadar serta selimut berbau wangi, ia akan membuatkan anda rasa nak tidur lebih awal

Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur

5. Tiada Gadget 2 Jam Sebelum Tidur

Punca lewat tidur kadangkala sebab gadget. Terlampau terdedah dengan cahaya biru sebelum tidur akan mengganggu penghasilan melatonin iaitu hormon yang mengawal putaran tidur. Ada beberapa alat yang boleh menghalang cahaya biru terus ke mata. Contohnya alat F. Lux . Alat ini membantu untuk menyuramkan kecerahan cahaya. Tapi sebaiknya cuba limit kan penggunaan gadget beberapa jam sebelum tidur. - Sumber Majalah Fesyen Hijab


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663