Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan. Walaupun harganya agak mahal tapi kalau dah suka tu tetap membeli juga. Kebiasaan kalau zaza balik kampung dan singgah 7 Eleven, kacang pista la yang selalu zaza beli untuk kunyah-kunyah di dalam kereta.
Ia antara kekacang yang menjadi kegemaran zaza. You all pernah makan? mestilah pernah kan..ia antara kekacang yang mempunyai rasa yang enak dan ranggup.
Kacang pista atau disebut Pistachio merupakan kacang yang dapat membantu menguatkan daya ingatan selain badam dan kismis. Kacang pista agak mahal kerana tidak tumbuh di negara kita.
Kacang pista juga turut mengandungi zat besi, niasin, kalium, riboflavin, dan zink. Selain itu kacang pista juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung dan beberapa penyakit kanser.
Kacang pista mempunyai benefit nya tersendiri iaitu sebagai :
1. Antioksidan - kaya dengan antioksidan seperti Vitamin E, Vitamin C dan Lutein. Kotaren dan vitamin E yang terdapat di dalam kacang ini dapat memlindungi tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas.
2. Untuk kesihatan mata - memakan kacang pista dapat membantu dalam meningkatkan fungsi penglihatan. Di dalam kacang pista, terdapat karotenoid yang dapat melindungi mata dari masalah seperti katarak dan degenerasi makula. Lutein dan zeaxanthin di dalam kacang ini pula dapat menjaga mata dari radiasi UV yang berbahaya.
3. Baik untuk kesihatan otak - di dalam kacang pista mengandungi Vitamin B6 yang dapat membantu meningkatkan jumlah hemoglobin dalam darah. Darah yang mempunyai oksigen akan ke otak dan ia membuatkan otak dapat berfungsi dengan baik.
4. Menjaga kesihatan jantung - Kacang pista mempunyai lemak sihat dan tidak membuatkan kadar kolestrol meningkat. Jadi ia sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
5. Kaya dengan serat - kacang pista juga mengandungi kandungan serat yang tinggi.
6. Baik untuk kesihatan kulit dan rambut - turut mempunyai pelbagai jenis asid lemak essential, asam linoleat dan linolenik. Ia antara kandungan asid yang baik untuk pertumbuhan rambut dan menjana semula kulit yang sihat. selain itu ia jufa dapat mengawal tekanan darah dan meningkatkan kekebalan tubuh.
Sebenarnya banyak lagi benefit lain yang terdapat pada kacang pista. Selain dimakan begitu sahaja, kacang pista boleh dibuat kek, ais cream, cookies, pie, puding dan makan bersama salad.