Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

$
0
0
Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh? Lelaki berjambang? Jika dulu-dulu lelaki mungkin dianggap selekeh bila berjambang..tapi tidak pada era ini..sebabnya lelaki berjambang juga sering menjadi pilihan wanita.. jangan tak tahu yang zaza pun gemar dengan lelaki berjambang..nampak macho tau.. 

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Selain sebagai gaya dan penampilan diri..berikut adalah beberapa fakta yang menarik ada pada lelaki berjambang..

1. Mudah Diingati

Lelaki yang memiliki jambang mempunyai karakter atau personaliti yang lebih mudah untuk dikenali..seperti bila pertama kali jumpa pasti diingati. Biasanya mereka juga ada panggilan nama tersendiri seperti Wak Doyok, Pak Janggut dan lain-lain..

2. Lebih Sihat

Ada kajian menyatakan bahawa lelaki berjambang ni mempunyai kesihatan yang lebih baik kerana janggut dapat menyaring kotoran dan partikel berbahaya daripada terus masuk ke mulut atau hidung. Tapi ia hanya berlaku jika mereka menjaga kebersihan janggut. Jika tidak , bimbang janggut pula yang memberikan kesan negatif pada kesihatan mereka

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

3. Awet Muda

Kebiasaannya lelaki berjambang ni dianggap lebih tua..tapi sebenarnya jambang berfungsi melindungi kulit daripada pancaran sinaran matahari secara terus. ia juga dapat mencegah tanda penuaan. Tak percaya? Cuba tunggu mereka bercukur..sure kelihatan nampak muda dari usia sebenar

Lelaki Berjambang : Bergaya Atau Selekeh?

4. Simbol Kejantanan

Satu ujikaji yang dibuat mendapati lelaki berjambang dilihat lebih dewasa,dihormati dan status sosialnya lebih tinggi. Jambang juga dilihat sebagai simbol kejantanan sejak zaman dulu lagi. Para ilmuan dunia tehadulu juga mempunyai jambang sebagai simbol kebijaksanaan mereka

Agak-agak korang pula suka tak lelaki berjambang? Sumber-Majalah Harmoni


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663