Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

$
0
0

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty. Zaza memang suka kumpul foundation makeup.. untuk kali ni zaza try pula foundation jenis roller iaitu HB Roller Cream dari jenama Hallas Irish Beauty. Foundation ni fungsinya sama sebagai bedak asas makeup..tapi yang menariknya sebab ia datang dalam bentuk roller di mana bahagian atasnya mempunyai span yang boleh berputar.

HB Roller Cream ni adalah dari jenis BB Cream. Sangat mudah nak apply kat muka..hanya tekan butang di bahagian tepi botol dan biarkan foundation keluar dekat span tu..lepas tu baru lah oles kan pada muka..

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty
Gambar selepas makeup menggunakan HB Roller Cream..makeup ni zaza tak sapu bedak..hanya HB Roller ni je..dan zaza sapu blusher sedikit..

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty
Span yang boleh berputar dan butang tekan di bahagian tepi botol

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

Bagi zaza tekstur HB Roller Cream ni pekat, so kalau nak apply dekat muka tak perlu banyak-banyak..masa tekan butang untuk keluarkan cream foundation tu..agak-agak je..jangan sampai penuh satu span tu..

Lepas dah oles-oles kat muka..tak perlu dah tekan butang tu..just golek-golek kan je kat seluruh muka..macam zaza.selepas golek-golek tu...zaza gunakan span untuk ratakan di beberapa bahagian..

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

Zaza suka guna HB Roller Cream ni sebab walaupun tekstur dia pekat..tapi nak blend tu senang..satu lagi lepas zaza selesai makeup..dan bersihkan guna tisu basah pun mudah nak tanggal..

Kalau nak pergi majllis dinner ke, nak pergi majlis kahwin ke..memang cantik dan sesuai sangat kalau nak pakai foundation jenis ni..

Kenapa Hb Roller Cream Menjadi Pilihan..?

Dapat mengecilkan liang pori - bahan-bahan yang digunakan dalam HB Roller Cream ni dapat mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang berlebihan di muka.

Sekatakan tona kulit - Ia dapat memberikan kemasan HD yang akan membuatkaan tona muka kelihatan lebih sekata

Menjimatkan masa - Dengan menggunakan teknik tekan dan oles dapat menjimatkan masa serta bersih tanpa perlu guna jari

Melindungi dari sinar UV -  Di dalam HB Roller ni mengandungi SPF 25 yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

Selain itu, HB Roller ni pun membantu menghilangkan kemerahan pada wajah serta memudarkan parut jerawat

HB Roller Cream ini sesuai semua jenis kulit..mempunyai satu warna iaitu Natural..penggunaan boleh bertahan sehingga tiga bulan..tapi kalau hari-hari guna cepat lah habisnya kan..mehmeh

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

HB Roller Cream Foundation Dari Hallas Irish Beauty

So bagi sesiapa yang berminat nak mencuba sendiri HB Roller Cream ni boleh membuat pembelian di nombor  whatsapp berikut :

018 571 4962 ( Wanie ) / 013 476 4982 ( Nani ) / 019 760 2890 ( Syitah )
017 516 3380 ( Bibah ) / 012 478 9658 ( Iera )

AGENT DAN STOKIS JUGA DIPERLUKAN

Nak dapat free girft? Boleh follow instagram :

@bedakasasarab_bywunny
@bedakasas.arab
@bedak.asas.arab_hq
@ceklawa_byhabibah
@ieraceklawa_hq



A post shared by ZAZA (@_zaza.iman) on



Viewing all articles
Browse latest Browse all 663