5 Resepi Masker Telur Untuk Kulit Yang Boleh Dilakukan. Bila makin berusia dan kulit semakin dimakan usia, boleh terjadi kulit berkedut. Oleh itu pentingnya ada regimen anti penuaan.Kulit wajah perlu dijaga terutama bagi mereka yang lewat 20an atau 30an. Apabila kulit dijaga dengan betul ia akan berkeadaan baik sehingga umur mencecah 50an.
Berikut 5 resepi masker telur yang boleh dilakukan dan amat bagus untuk memelihara kulit wajah agar sihat.
1. Putih Telur Dan Madu
Ambil telur putih dan satu sudu besar madu. Kemudian kacau sampai ia sebati. Selepas itu sapu ke seluruh wajah dan leher. Biarkan ia kering dalam masa 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Masker telur dengan madu ini dapat melembabkan kulit memberikan kesegaran pada wajah
2. Putih Telur Dan Yogurt
Ambil sebiji putih telur dan satu sudu besar yogurt. Kemudian letakkan sedikit gula merah. Setelah itu sapu pada muka dan leher. Urut perlahan dalam masa 10 minit. Setelah itu bolehlah dicuci. Campuran masker ini dapat membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia juga dapat memberikan keserian pada kulit.
3. Putih Telur Dan Oatmeal
Ambil putih telur dan dua sudu besar oatmeal. Kemudian goncangkan dan jadikan ia pes. Lalu sapu pada wajah. Biarkan seketika ( dalam 20 minit ) dan anda akan rasa ketegangan kulit secara natural.
4. Putih Telur Dan Lemon
Ambil putih telur dengan dua sudu besar jus lemon. Letakkan sedikit madu asli. Kacau sehingga menjadi buih. Kemudian bolehlah disapu pada seluruh muka dan leher. Biarkan dalam masa 30 minit. Setelah itu bolehlah dibasuh. Jus lemon amat bagus untuk menghilangkan bitnik hitam, kulit mati dan juga minyak berlebihan. Putih telur pula dapat membuatkan kulit berasa tegang dan madu dapat memberikan serta meningkatkan lembapan pada kulit.
5. Putih Telur Dan Cuka Epal
Ambil putih telur bersama dua sudu besar cuka epal. Gaul sehingga sebati. Kemudian sapu pada seluruh muka. Biarkan seketika ( dalam masa 30 minit ). Setelah itu bolehlah dicuci. Fungsi cuka epal dapat membersihkan wajah dan melegakan kulit.
Kredit : Majalah Rapi