Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

My Reading Book I Love To Read

$
0
0
My Reading Book I Love To Read. Membaca memang hobi zaza dikala masa lapang sambil-sambil mendengar musik lagu 90an. Masa zaman study dulu memang kerap zaza beli buku sebab buku ni kadangkala peneman waktu kesepian.

Antara buku pilihan dan kegemaran zaza dalah bacaan tentang motivasi. Walaupun kadangkala diri ni tak termotivasi sangat..hahaha tapi sekurang-kurangnya ia memberi manfaat dan pengetahuan untuk zaza.

drtuah

Antara motivator dan buku pilihan zaza adalah dari Dr Tuah Iskandar Al Haj. Zaza antara peminat Dr.Tuah sejak 2010. Pada mulanya zaza sering mengikuti kisah-kisah motivasi Dr.Tuah dalam slot Motivasi majalah Mingguan Wanita. Memandangkan setiap slot cerita bersambung-sambung..zaza jadi tak puas hati sebab nak kena tunggu keluaran majalah akan datang.. =)

Disebabkan itulah, zaza usaha mencari buku Dr.Tuah di kedai-kedai buku. Rupanya Dr Tuah banyak mengeluarkan judul-judul buku yang sangat menarik.

drtuah

Kalau dulu jika berpeluang ke bandar, zaza pasti akan singgah gedung-gedung buku mencari buku kegemaran zaza ini..ada yang selebihnya zaza beli secara online dekat shop Dr. Tuah. Kalau dulu shop Dr Tuah melalui website, sekarang pembelian melalui facebook beliau.

Pernah satu ketika satu judul buku Dr Tuah yang baru zaza beli.. sanggup habiskan bacaan satu buku dalam satu hari sehingga 4-5 pagi. Sanggup menahan mengantuk sebab nak habiskan satu buku tu..punya la minat sangat dengan penulisan Dr Tuah.

drtuah

Penulisan Dr Tuah bagi zaza cukup santai. Setiap kisah-kisah yang diceritakan juga penuh dengan makna dan banyak teladan dalam kehidupan.

Antara koleksi yang zaza ada..sebenarnya banyak lagi tapi ada setengah dah hilang dan ada juga yang rakan pinjam tapi akhirnya dihilangkan juga.. sedih betul. Buku-buku Dr Tuah juga dijual pada harga mampu milik.

drtuah

drtuah

Dr Tuah Iskandar Al Haj merupakan seorang motivator,tutor dan kolumnis yang telah diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan seorang perunding tamu dan perunding motivasi dalam beberapa majalah seperti Minguan Wanita, Dewan Masyarakat, Dewan Agama & Falsafah, Majalah Keluarga, Nona, Dewan Siswa dan banyak lagi.

drtuah

drtuah

drtuah

Beliau merupakan penerima Anugerah The Outstanding People Of The 20th Century Award dari International Biographical Centre England pada tahun 1999. beliau juga merupakan Honorary Member Ansted University Advisory Council di United Kingdom pada tahun 2001.

Di Malaysia pula, beliau telah menerima Anugerah Belia Negara Kategori Inovasi dan Kreatif. Beliau juga telah menghasilkan lebih 50 buah buku dalam pelbagai topik seperti Ilmiah, agama, teknikal, motivasi dan umum. Sehingga kini, Dr Tuah telah menerima pelbagai anugerah diatas pencapaiannya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 663