Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

5 Tip Kawal Diri Ketika Marah

$
0
0

-Cat- by StacyD
Kredit Gambar - StacyD

Marah adalah emosi yang bersifat negatif. Marah boleh menjadi ganas dan tidak terkawal. Ha, dengar tu kepada orang yang suka marah. Perasaan marah berlaku akibat daripada gangguan dari seseorang, peristiwa atau perasaan bimbang kepada sesuatu.

Marah boleh menyebabkan hilang separuh keintelektual dan berganti dengan tindakan yang negatif. Misalnya berlaku pergaduhan antara suami isteri. Suami menuduh isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Lalu dengan mudah melafazkan perkataan yang boleh menamatkan kebahagian rumahtangga yang telah lama dibina.

Perasaan marah bermula kerana gagalnya mengawal emosi. Jadi mari sini saya kongsikan tip Bagaimana Mengawal Diri Ketika Marah - rujukan dari buku Membina Hati Bahagia ( Dr Tuah Iskandar al- Haj )


Kredit Gambar - Vlastas

1. Ingat ALLAH

Ingatlah ALLAH selalu. ALLAH tidak suka kepada pemarah.Sebagai hamba kita tidak patut berasa marah apatah lagi memarahi orang tanpa sebab. Siapa kita untuk memarahi orang lain sedangkan kita banyak kekurangan.

2.  Sirami Rasa Marah Dengan Wuduk

Perasaan marah datangnya dari Syaitan.Syaitan diciptakan dari api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air.Jadi ambillah wuduk supaya api syaitan dapat dipadam.

Little Evil by StacyD
Kredit Gambar - StacyD

3. Lihat Wajah Di Cermin

Alangkah buruknya wajah ketika marah.Lihat lah muka, hidung kembang kempis, mata menyala gitu. Apakah anda rasa orang akan takut melihat keadaan anda begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu?

4. Kunci Bibir dan Diam Dahulu

Kalau terasa hendak marah, dia sejenak. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.

5. Ubah Kedudukan Anda

Jika marah ketika sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk maka baringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain yang lapang dan tengok keindahan alam.

Haaa, jom kawal marah. kawal emosi anda. Ingat ALLAH dan semoga tip ini meransang untuk kita mendapat kebahagiaan dan kecemerlangan.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 663