Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

$
0
0
Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing. Zaza ni memang suka sangat dengan kucing. Jadi adalah kisah beberapa minggu lalu bila kucing zaza buat perangai. Perangainya membuang air kecil dibawah meja dapur tempat memasak. Memang kuat sangat bau hancing. Cuci-cuci dengan air biasa pun tak hilang. Mungkin sebab dah kering. Kena lah juga bebel dengan mak..hehe sebabnya bau satu dapur.

Jadi setelah bertanya rakan yang bekerja di Vaterinar dan hasil carian google..so ini tip yang zaza guna dan  boleh dilakukan kalau kucing kesayangan korang buat perangai macam kucing zaza tu..

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

MENGGUNAKAN CUKA

Caranya adalah :

1. Bagi tempat yang dah kering, letakkan tuala di tempat kesan air kucing dan tuangkan air panas disitu. Alih tuala yang sudah menyerap air kencingnya.

2. Ambil cuka dan campurkan dengan air di dalam bekas dan kacau. Tuangkan campuran cuka tersebut ke atas tempat hancing. Pastikan ia tidak merebak ke kawasan yang tidak terkena air kencing.

3. Kemudian biarkan ia kering sendiri. Bagi mempercepatkan proses pengeringan boleh gunakan pengering. Biarkan semalaman.

4. Selepas itu, sediakan campuran cuka dengan air panas. Cuci tempat kesan tersebut beberapa kali dan biarkan ia kering.

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

Insyaallah tip ini boleh menghilangkan bau hancing tersebut. Tapi kalau rasa-rasa nak mudah mungkin juga korang boleh beli spray khas untuk menghilangkan bau tersebut. sumber-kucingsayang.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663