Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

$
0
0
Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai. Assalamualaikum dan hi all..dah lama sebenarnya nak pergi salon..ye la asyik muka je jaga..so sekali sekala nak juga servis buat cuci rambut. Zaza tercari-cari juga salon untuk muslimah yang dekat dari rumah.

Kebetulan ada rakan yang pernah pergi satu salon muslimah berdekatan..so dia suggest untuk ke sana. Zaza pun lepas buat servey dan booking zaza ajaklah rakan sekali untuk pergi.

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Sebaik sampai kat Anni Hair & Beauty Saloon,kami disambut dengan baik oleh pemiliknya Kak Anni. Sangat ramah orangnya..dan nak tahu tak kak Anni ni umur dia dah 40 tahun..macam tak percaya sebab nampak muda. Zaza fikir umur kak Anni ni dalam 33-35..pandai kak Anni jaga muka kan...hehe

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Inilah pemilik Anni Hair & Beauty Salon, Kak Anni

Dengan tema salon berwarna pink memang cukup selesa untuk muslimah. Pelbagai rawatan untuk rambut ada seperti cuci rambut, gunting, treatment hair, rebonding dan lain-lain.

Selain servis untuk rambut, di Anni Hair & Beauty Salon turut ada buat spa untuk facial muka. Next time zaza nak try buat facial muka pula kat sini. 

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Ruang untuk membuat facial muka

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Harga yang ditawarkan di Anni Hair & Beauty Salon pun sangat berpatutan dengan servis. Selain tu turut dijual beberapa produk penjagaan rambut.. 

Macam rambut zaza ni ada masalah kelemumur dan kadangkala gugur.. so memang perlukan sangat produk untuk rawat kulit kepala ni..

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Masa tengah duduk buat cuci rambut..banyak juga perkara yang kami borak. Seronok walaupun pertama kali jumpa kak Anni, tapi layanan dia dan tutur dia memang bagus sangat.

Kak Anni pun memang izinkan dan  tak tak kisah langsung kalau nak ambil gambar kat dalam kawasan salon dia.

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai
Gambar bersama Kak Anni..

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Selesai servis cuci rambut..tiba-tiba kak Anni ajak kami pergi makan dekat kedai makanan berhampiran..kebetulan perut memang tengah lapar sebab dah masuk tengahari. Zaza pun masa tu memang tak jamah apa-apa makanan lagi..

So kami pun pergi makan sekejap..tak sangka pula kak Anni yang belanja makan..hehe.. dah la ramah..siap belanja pula tu..alhamdulillah..moga murah rezeki Kak Anni sekeluarga.

Selain salon kak Anni pun ada kedai jahit iaitu Bengkel Anni Tailor yang menjual pelbagai produk seperti tudung, telekung, baju, skirt. Handsock dan barangan jahitan. Sempat juga zaza tinjau dalam kedai jahit kak Anni. Kedai ni terletak bersebelahan je dengan salonnya.

Kak Anni turut membuat kelas belajar menjahit. So kalau sesiapa yang dekat-dekat tu dan nak belajar jahit boleh la menuntut dengan kak Anni okey..

Anni Hair & Beauty Salon Muslimah Paya Pulai

Bagi yang berdekatan boleh la datang singgah. Tapi sebelum tu seeloknya booking terlebih dahulu. Bagi yang berminat untuk rawatan salon, spa dan kelas jahitan boleh menghubungi kak Anni di :

Alamat :
Anni Hair & Beauty Salon
 No. K1, Jalan Sri Kerinau Makmur, Taman Sri Kerinau, 
Kampung Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang.
( berhadapan dekat jejantas dan sekolak paya pulai )
Telefon :  019 920 1218


Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Latest Images

Trending Articles