Review : Lazy Sunday Box Dari Althea. Kecantikan dan kebersihan wajah menjadi rutin harian buat wanita. Kulit yang sihat dan segar mampu membuatkan seseorang itu melakukan aktiviti dengan rasa seronok dan happy. Apabila tiba waktu hujung minggu terutamanya hari ahad, kadangkala kita juga memerlukan masa untuk bersantai atau memanjakan diri. Lagi mudah ia dilakukan dirumah.
Oleh sebab itu Althea kini hadir dengan “Lazy Sunday Box” untuk menghilangkan stress.. Lazy Sunday Box ini mengandungi 6 K-Beauty ( 6 item kecantikan ) yang menawarkan harga yang murah.. wowww… bestkan..
Althea
Althea adalah satu jenama dan website secara online yang menjual produk kecantikan dari Korea. Di Althea, terdapat pelbagai-bagai produk kecantikan Korea dan semestinya ia adalah 100% asli. Paling seronok buat yang gemar shopping online adalah kerana Althea memberikan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA ke seluruh dunia.
Althea banyak menawarkan pelbagai diskaun dan pilihan kotak kecantikan yang mengikut tema dan merupakan edisi terhad. Oleh itu cepat grab sebelum kehabisan.. :D
Lazy Sunday Box Dari Althea
Kali ini zaza nak share dengan kotak kecantikan dengan tema “Lazy Sunday Box”. So apa item yang terdapat dalam kotak ini? Jom kita tengok…
Krim ini mempunyai ciri-ciri pelembap yang tinggi dan menghidratkan dalam lapisan, memberikan kesan yang sempurna kepada rutin penjagaan kulit pagi anda
Pelembap yang tinggi ( High Moisturiding ) - kolagen hidrolisis yang penuh dengan asid semulajadi dapat menguatkan kulit dan kelembapan kulit untuk jangka masa yang lama
Hidrat Kulit ( hydrate Skin ) - Ia mengandungi Achillea millefolium, Carica Papaya dan Fruits Potato Extracts yang membantu menghidrat kulit dan menyuburkan kulit.
![Review : Lazy Sunday Box Dari Althea Review : Lazy Sunday Box Dari Althea]()

Nourish - Terdiri pelbagai ekstrak semulajadi melindungi dan menenangkan kulit serta membantu memulihkan kelembutan dan ketahanan dengan penambahan kelembapan berterusan sepanjang hari
Penjagaan kulit yang selamat ( Safe Skincare ) - Untuk kulit yang sensitif ia tidak mengandungi pengawet seperti paraben, talc dan etanol. Jadi ia selamat digunakan.
2. Deep Blue Caviar Collagen Mist
Deep Blue Caviar Collagen Mist ini mengandungi kolagen dari sea grapes untuk pelembabkan kulit dan membuatkan kulit kelihatan segar.
Cara Menggunakan :
1 Goncang botol beberapa saat
2. sembur dari jarak 20cm-30cm
3. Dap-dap dengan dengan tangan untuk membantu penyerapannya
Didatangkan dalam kotak lutsinar..cukup untuk kegunaan yang tempoh sebulan sebab ada 20 pek di dalamnya. Pakai Leneige Fresh Calming Quick Toner Pack setiap pagi. Dengan adanya pek seperti ini, mudah untuk kita bawa kemana-mana.
Leneige Fresh Calming Quick Toner Pack dapat membantu memulihkan kulit dan menyihatkan kulit dengan mudah dan cepat. Hanya tepekkan dibahagian dahi, pipi dagu. Biarkan sehingga ia kering. Anda akan terasa kesegarannya..
Penjagaan rutin kebersihan wajah dengan menggunakan Calming Cleansing Tissue. Ia mudah dan makeup cepat ditanggalkan. Calming Clenasing Tissue dibuat dari Oatmeal. Oatmeal memang antara bahan terbaik dalam penjagaan kulit muka. Bau dia pun bestt..
Calming Cleansing Tissue sesuai digunakan untuk :
*Solekan yang sukar untuk ditanggalkan
*Apabila anda perlu membetulkan bahagian solekan di wajah
*Untuk membuang krim matahari jenis kalis air
Zaza suka blusher ini sebab warna yang natural sekali ( warna Coral ). Apabila sapu dekat pipi, krim blusher ini mencair ke dalam kulit sekaligus ia memberikan kesan kemerahan secara semulajadi. Anda pasti menyukainya juga!
Big Cover Pot Concealer Pro dari Etude House ni bekasnya kecil tapi hasil tip top. Concealer ini zaza pakai untuk kening. Memang terbaik. Senang nak guna tutup bulu-bulu kening yang berselerak lepas zaza lukis menggunakan pensel kening.
Concealer ini juga dapat menyembunyikan cela-cela di wajah dan memberikan kesan licin. Hanya sapu di tempat yang diperlukan dan blendkan sahaja. Teksturnya begitu lembut.
Free Gift Untuk Anda
Free Gift Untuk Anda
Dalam kotak Lazy Sunday Box ini juga, anda akan menerima free gift iaitu Missha All Around Safe Block.
Ia mudah digunakan. Missha All Around Safe Block menggunakan Doube Layer Teknologi dan Lighty textured sun milk ( Sebum control effect dari Eucalyptus ).
Didatangkan dengan pek sample dengan 3 warna . Sangat sesuai dipakai ketika anda berjalan-jalan di pantai atau melakukan aktiviti luar.
Didatangkan dengan pek sample dengan 3 warna . Sangat sesuai dipakai ketika anda berjalan-jalan di pantai atau melakukan aktiviti luar.
Harga sekotak Lazy Sunday Box ini hanya RM110.00. Bagi anda yang nak dapatkan produk ini boleh membuat pembelian di http://my.althea.kr/lazy-sunday-box
Selain Lazy Sunday Box, terdapat pelbagai lagi kotak kecantikan yang ada.Pilihlah mengikut produk yang anda mahukan dan mengikut bajet.
Jangan lupa untuk ikuti Althea di :
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Website : http://my.althea.kr/
Blog : http://blog.althea.kr/




























