5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Teruk. Tentu ada dikalangan kita menghadapi masalah sukar untuk membuang air besar atau sembelit. Sembelit sebenarnya boleh menjadi serius dan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita.
Sembelit biasa terjadi apabila bahan buangan atau najis bergerak perlahan melalui saluran dan menyebabkan najis menjadi keras.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi melancarkan proses penghadaman. Berikut adalah beberapa bahan yang mudah didapati dan bagus untuk mengatasi sembelit.
1. Buah Lemon
Buah lemon mengandungi asid sitrik yang berfungsi sebagai peransang system oenghadapan. Ia juga dapat menyahtoksinkan dan membersihkan material tidak tercerna yang melekat di dinding usus. Oleh itu, jadikan buah lemon sebagai jus. Perah lemon dngan secawan air. Kemudian minum bagi melancarkan proses pembuangan najis.
2. Lidah Buaya
Lidah buaya memang banyak digunakan dalam produk kesihatan. Selain untuk menyembuhkan luka, lidah buaya juga amat baik untuk perut. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan gel alovera tulen dan ambil dua sudu gel. Campur dengan jus buah-buahan dan minum pada waktu pagi.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun juga dapat mebantu meredakan sembelit. Cecair minyak ini dapat merangsang sistem penghadaman, membantu ‘melicinkan’ laluan najis di sepanjang usus besar dan mengelakkan sembelit berulang di kemudian hari. Caranya dengan campur sesudu minyak zaitun dan sesudu kecil jus lemon. Minum ketika perut kosong.
4. Buah Prun
Buah prun yang dibuat jus juga boleh meredakan sembelit. Buah prun mempunyai kandungan serat yang tinggi dan sorbitol. Sorbitol berfungsi untuk melembutkan najis namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong gas serta membuatkan najis menjadi terlalu lembut. Cara pengambilan adalah setiap pagi dan malam dengan minum 2 gelas jus prun
5. Kopi
Kafein merupakan stimulan semula jadi untuk sistem penghadaman namun digalakkan untuk menghadkan pengambilan 1-2 cawan sehari kerana kopi bersifat diuretik dan ia mendorong anda membuang air kecil dengan lebih kerap. Pengambilan kopi tanpa disertai minuman air suam yang mencukupi boleh menyebabkan sembelit bertambah teruk. Sumber >>> Nona Karangkraf