Quantcast
Channel: Zaza Iman
Viewing all articles
Browse latest Browse all 663

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

$
0
0
Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh. Buah ni biasa dijumpa jual dekat kampung-kampung. Abah zaza pun ada tanam buah salak ni. Keliling rumah ada. kadang buah salak yang dah masak bagi pada jiran-jiran. Ada juga yang datang membeli. Pendek kata jemu dah makan buah salak ni...tapi bila musim habis..jadi kempunan pula..

Buah salak ni bila masak rasanya manis-manis. Isinya kalau masak betul gebu-gebu. Warna isi nya putih-putih sedikit kekuningan. Ada juga rasa kelat bila tak masak betul. Kat rumah zaza..selalu je petik bila dah masak.

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Ni pokok yang Abah zaza tanam..sempat lagi zaza petik buah yang tengah masak tu

Buah Salak juga disebut sebagai Salacca Zalacca. Nak tahu tak buah Salak turut dipanggil dengan nama Snake Fruit kerana kulitnya seakan-akan sisik ular.

Pokok Buah Salak mempunyai duri yang tajam dan panjang. bentuknya juga unik.

Biasa asyik makan buah Salak tapi zaza tak tahu pun apa kebaikan buah Salak ni..so selepas buat reseach..barulah zaza tahu apa manfaatnya buah Salak ni pada kita.. so zaza nak kongiskan kat korang pula..

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Duri-duri pokok Buah Salak

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Dikatakan Buah Salak dapat Meningkatkan Kecerdasan Otak kerana Buah Salak mempunyai kandungan kalium dan peptin yang tinggi. Buah Salak juga sangat baik dalam menjaga sistem saraf.

Buah Salak amat Baik Untuk Pencernaan kerana mengandungi beta karoten,tanin,flavonoid,kalsium dan saponin

Buah Salak juga membantu Meningkatkan Stamina Tubuh Badan kerana mempunyai kandungan Vitamin A dan Serat yang tinggi. Dengan Vitamin A dan Serat inilah tubuh mempunyai tenaga dan stamina badan meningkat. Buah Salak Bermanfaat Untuk Menjaga Mata kerana mengandungi beta-karoten yang tinggi. Malahan juga dapatMencegah Rabun Jauh kerana kandungan Buah Salak yang tinggi Vitamin A. Vitamin A amat baik untuk kesihatan mata.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat yang ada pada Buah Salak ni..tapi makanlah perpada-pada. Kalau tak silap zaza kalau makan banyak sangat pun boleh sebabkan sakit urat. Wallahualam



Viewing all articles
Browse latest Browse all 663