Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn. Lama juga tak makan popcorn. Selau makan popcorn yang jenis biasa dijual. Tapi kali ni dapat menikmati popcorn dengan perisa yang berbeza dan sedap iaitu Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn.
Popcorn Perisa Tom Yum ini dihasilkan dengan dua perisa tambahan lain iaitu CheeseCorn Popcorn dan Buttery
Popcorn Perisa Tom Yum ini dihasilkan dengan dua perisa tambahan lain iaitu CheeseCorn Popcorn dan Buttery
Zaza leka makan popcorn ni..sambil-sambil membeli belah bawak popcorn ni sambil makan. Bila makan rasanya seperti Tom Yum. Ada rasa sedikit pedas.
Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn ini menggunakan bahan semulajadi seperti aksen limau, serai, cili lada burung dan rempah.
Sesuai untuk dimakan oleh remaja, dewasa dan keatas. Bagi kanak-kanak kurang sesuai sikit sebab ia pedas.
Harga Popcorn Tom Yum ini hanya RM13.00 bagi beg kecil ( Buttery ) dan RM18.00 bagi beg kecil ( Tom Yum CheeseCorn )
Nak mencuba? Popcorn Perisa Tom Yum Dari Garrett Popcorn boleh didapati di kedai Garrett Popcorn seperti berikut :
1. Lot 1.109, Aras 1, Pavilion Tower Elite, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
2. Lot G001-B, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. Lot C151,Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
4. Lot G140,Ground Floor, Pusat Beli Belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
5. L2,-112, Aras 2, Gateaway @klia 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor
Berehat sekejap sambil menimkati popcorn perisa Tom Yum bersama En. Tunang
Buat mereka yang terasa ingin mencuba, jangan lupa untuk mendapatkan Popcorn Perisa Tom Yum dari Garrett Popcorn seperti yang disenaraikan di atas.
Layari http://garrettpopcorn.com.my untuk maklumat lanjut.