Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara. Assalamualaikum.. apa khabar rakan zaza...syukur masih bertemu lagi kita..Oklah kali ini zaza nak bercerita tentang spek mata. Zaza antara yang wajib pakai spek mata kerana mata yang kabur akibat rabun dan power yang tinggi.. jadi tanpa spek mata memang tak lengkap lah aktiviti seharian zaza..
Bulan lalu sempena dengan harijadi zaza yang ke.... semakin tua dah zaza sekarang.. ;p...sempena dengan harijadi zaza tersebut..seseorang telah menghadiahkan spek mata baru..seseorang tu Insyaallah bakal sehidup semati..
Kebetulan pula spek mata zaza pakai sekarang tu tercalar sikit di bahagian cermin..so agak terganggu juga nak melihat memandangkan calar tu dah tak boleh nak hilang..
Yessssss.. dapat juga spek mata baru yang zaza idam-idamkan..spek mata lama digunakan di rumah.. yang terbaru ni khas untuk pergi kerja dan jalan-jalan..
Spek mata zaza yang baru ni di tempah di sebuah kedai spek mata yang baru dibuka iaitu PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA. Berkonsepkan rekaan menggunakan pallate-pallate kayu yang cantik dan tema warna oren yang menarik. PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA telah dibuka untuk orang ramai bermula Disember tahun lalu..
Bahagian hadapan kedai Optoman Optometry Bandar Kinrara
Antara sevis-servis yang diberikan adalah seperti Pemeriksaan kesihatan Mata pecuma, Konsultasi, Spek Mata dan juga kanta lekap yang ada dijual.
Layanan mereka juga amat baik. Harga spek mata pun murah mengikut harga di pasaran.
Meninjau-ninjau spek mata yang menjadi idaman...
Sempena pembukaan tempohari..
Sesi-sesi berbincang mengenai spek yang dipilih
Dua orang pemilik kedai..
Terima ksih En M hadiahkan spek mata baru ni.. ;)
Ini dia spek mata baru zaza..dibayar oleh En M dengan harga RM400++. Memandangkan spek mata zaza ni perlu ditempah..dan zaza pula tak dapat nak ambil..so spek mata ni dihantar secara pos saja..
Buat rakan-rakan zaza yang tinggal berdekatan Bandar Kinrara dan nak cari spek boleh la datang ke
OPTOMAN OPTOMETRY BANDAR KINRARA
NO 47-G JALAN BK 5A/2, BANDAR KINRARA
( Berhadapan tapak Pasar Tani Masjid Al Ehsan, SMK Sek. 4 Bandar Kinrara )












